Reen Rahim Belajar Mempertahankan Diri Dengan Suami, “Wey Kelakar La Macam Kita Juga”

Sponsored

Pelakon yang cukup popular dengan watak Kak Su, Reen Rahim baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Manakan tidak, sejak akhir-akhir ini Reen Rahim sering memuat naik video dirinya menghabiskan masa bersama suaminya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin.

Umum sedia tahu aktres bernama Reen Rahim ini telah selamat mendirikan rumahtangga pada Disember lalu yang juga seorang pelakon aksi.

Sponsored

Terbaharu, rakaman Reen Rahim belajar mempertahankan diri dengan suaminya telah mencuri perhatian ramai. Manakan tidak, gelagat suami Reen Rahim yang sering mengusik isterinya ini telah membuatkan ramai terhibur.

Berikut adalah perkongsian rakaman Reen Rahim belajar mempertahankan diri dengan suaminya yang telah menjadi perhatian ramai:

Sponsored
@reenrahimmy

Korg kire lah senidri berapa kali ‘adoi’ berapa kali ‘sakit’😒 #hazreentilljannah @Hazimzainal4894

♬ original sound – Reenrahim – Reenrahim

“Korang kira lah sendiri berapa kali ‘adoi’ berapa kali ‘sakit'”, tulis Reen Rahim di ruangan komen perkongsian tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet akui terhibur melihat aksi ‘sweet’ pasangan suami isteri ini. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:

Sponsored

“Kalau dah isteri perangai masuk air. Suami lagi confirm masuk air ketum. Hahaha”

“Hahaha..Lebih kurang cam tok laki saya gak guraunya tu..Last choice, saya grab tangan dia then gigit kat lengan sampai dia jerit! Baru dia tau rasa sakit sama!”

“Penat tumbuk hubby, dia tak rasa apa..Dia kutis kita sikit jer dah sakit satu badan”