Baru-baru ini, tular di Twitter perkongsian gambar-gambar rekaan baju melayu oleh seorang pereka fesyen tempatan. Apa yang mencetuskan rasa kurang senang netizen ialah rekaan pakaian itu yang telah diubah menjadi terlalu moden sehingga menghilangkan unsur tradisional pada baju Melayu.
Difahamkan, gambar-gambar yang tular itu adalah koleksi raya 2023 oleh pereka fesyen Behati di mana ia turut dipromosikan oleh beberapa influencer terkenal tanah air termasuklah pelakon Nadia Brian. Kesemua mereka dilihat memakai baju Melayu bersaiz besar yang telah digubah serta ada juga yang berseluar senteng, jubah dan baju singkat seperti crop top.
Dalam masa yang sama, turut tular video kesemua influencer ini melakukan runway di hadapan Pavilion Bukit Bintang sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas. Ditambah pula, mereka melakukannya di laluan pejalan kaki melintas sekaligus menyebabkan jalan raya sesak dibuatnya.
Kebanyakan netizen mengkritik rekaan baju Melayu itu yang kelihatan terlalu moden sehingga hilang identiti sebagai pakaian tradisional kaum Melayu. Malah ada juga yang mempersoalkan sama ada ianya mempunyai kaitan dengan unsur LGBT gara-gara pemilihan warna pelangi untuk koleksi tersebut.
Netizen turut menegur rekaan pakaian yang dipakai oleh pelakon Nadia Brian apabila dia dilihat memakai pakaian singkat tanpa seluar untuk sesi runway itu. Rata-rata netizen turut meminta pereka fesyen tersebut untuk lebih sensitif dalam berkarya dan menghormati pakaian tradisional seperti baju Melayu ini.
Komen netizen
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.