Seperti yang diketahui umum, sejak menyertai Gegar Vaganva ke-9, penyanyi berasal Singapura, Fuad Rahman dan isteri yang juga penyanyi Malaysia, Tom sering menjadi bualan ramai di media sosial.
Baru-baru ini, Tom berkongsi satu rakaman video yang menunjukkan suaminya, Fuad sedang menyanyikan lagu rap.
Menerusi video yang dimuat naiknya itu, muncul satu komen yang kurang senang iaitu individu mempersoalkan mengenai tatu yang ada di badan kedua pasangan tersebut.
“Badan bercop-cop tu bila nak clearkan?
Susulan itu, Tom mengambil langkah untuk tidak berdiam diri dan membalas komen itu secara sinis dengan mengatakan adakah individu tersebut mahu sponsor mereka untuk membuang tatu itu.
“Nak sponsor nak clearkan ke mak cik?
Bahkan, Tom turut memaklumkan akaun individu itu sering meninggalkan komen berbentuk kecaman terhadapnya dan suami, Fuad. Tambahnya, hampir kesemua videonya dikritik dan dikecam oleh orang yang sama.
Untuk makluman, pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup pada Februari lalu, di Batam Indonesia.