#rindukasih Trending Di Twitter, Ramai Puas Hati Dengan Ending Kisah Salina!

Sponsored

Drama berjudul Rindu Kasih ini telah mencipta satu fenomena luarbiasa. Dari kisah seorang gadis bernama Salina yang terpaksa mengharungi pelbagai ujian dan dugaan untuk menggapai kebahagiaan, hinggalah sikap suami yang terlalu mnegikut kata ibu yang membenci menantunya sendiri.

Lakonan cemerlang para pelakonn drama ini juga menjadi antara bualan hangat penonton. Membarisi para pelakon terdiri dari Ummi Nazeera, Izzue Islam dan ramai lagi.

Sponsored

Dari pelbagai pancaroba, akhirnya Salina atau Ina bebas dari penjara. Kehilangan ibunya ketika berada di dalam tirai besi juga menjadi antara sebab Ina semakin kuat dalam menghadapi dunia setelah bebas.

Di episod akhir, kisah Salina berakhir dengan bercerai dengan suaminya, Amir. Dipaparkan babak Salina mahu suaminya melepaskan dirinya dan Amir mengugut jika kaki Ina bergerak selangkah maka jatuh talak satu.

Sponsored

Dengan reaksi muka, Ina selamba melangkahkan kakinya dan berlalu pergi bersama anaknya. Babak akhir kisah Salina ini telah membuatkan ramai teruja dengan pengakhirannya.

Malah di Twitter #rindukasih menjadi trending dan ramai meluahkan puas hati dengan pengakhiran drama tersebut yang lain dari kebiasaannya.

Sponsored

Berikut antara yang diluahkan para penonton menerusi sosial media tersebut:

“Yes, aku suka ending yang macam ni..Tak perlu happy ending family bersama semula”

“Love ending rindu kasih. Husband ugut jatuh talak kalau dia gerak selangkah keluar dari kawasan rumah..”

“Tak move on aku dengan scene ni. Well deserving ending for me. Walaupun kesian juga tengok Amir but nooo…”

SumberTwitter