“Rul aku nak buat la…”- Gelagat 2 pelakon legend buat trend ‘Swipe’ ditonton hampir 1 juta kali

Sponsored

Sekarang di platform TikTok sememangnya terdapat banyak video-video content yang menjadi trend seperti menari lagu popular berjudul Swipe iaitu nyanyian Alif Abdullah yang mencetuskan fenomena baru-baru ini. Malah ramai rakan selebriti juga tampil menyahut trend lagu tersebut di akaun masing-masing.

Meskipun begitu, nampaknya pelakon legend iaitu Zamarul Hisham juga terjebak dengan trend Swipe tersebut apabila dia juga antara pelakon yang sporting mendekati peminat di platform tersebut. Sekadar info, akaun TikTok milik Zamarul Hisham diikuti hampir 200,000 pengikut

Sponsored

Content Tiktok hiburkan peminat

Tetapi kali ini Zamarul Hisham dilihat tidak sendiri apabila dia melakukan trend Swipe tersebut atas permintaan rakan yang juga pelakon legend, Harun Hashim. Ujarnya pelakon tersebut berkata, “Rul aku nak buat la macam diorang buat tu, trend sekarang.”

Sponsored

Zamarul Hisham yang tiada masalah dengan pemintaan rakannya itu terus merakam video bersama. Gelagat comel dua pelakon hebat tersebut menjadi sorotan ramai sehingga ditonton hampir 1 juta kali.

@zamarulhishamofficial

Percubaan Pertama.. legend kata “rul aku nak buat la macam diaorg buat tu, trend sekarang” saya cakap ok No hal bang. Last last dia naik syok pulak 😜 #iamzamarul #harunhashim #actor #actorlife #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral

♬ SWIPE – miss.jo

Bukan sekali, ada percubaan kedua

Sponsored
@zamarulhishamofficial

Percubaan Kedua… Dia tak puas hati.Dia kata “Rul satu kali lagi”… #iamzamarul #actor #actorlife #harunhashim #legend #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral

♬ SWIPE – miss.jo

Ternyata telatah mereka itu tidak sekadar masuk ke ruangan fyp atau for your page dengan ditonton hampir 1 juta kali, netizen juga meninggalkan ribuan komen buat mereka.

‘Beginilah adam yang kita mau’

Legend

‘Legend ni masih tetap hensem hensem’

Legend

‘Tapi masuklah dia joget tu haha’

‘Kalau macam ni saya tak swipe dah…’