Umum sedia tahu akan kedinginan hubungan antara balu arwah Abam, Hidayah dengan adik iparnya yang juga seorang pelawak dikenali dengan nama Ali Puteh. Sebelum ini kisah mereka menjadi perhatian ramai apabila Hidayah memuat naik video tidak ‘dilayan’ bila hadir ke rumah arwah Abam bersama peguamnya.
Gagal lunas tuntutan RM60,000
Terbaharu rumah ibu Ali Puteh bakal disita dan pelawak ini kecewa mengenai hal tersebut selepas pelawak ini gagal meluanaskan tuntutan RM60,000 kepada Nurhidayah seperti yang diperintahkan mahkamah sebelum ini.
Masalah tiada kena mengena harta milik Arwah ibu
Dalam satu rakaman temubual di Melodi Ahad lalu, pelawak berusia 34 ini berkata masalah berlaku hanya melibatkan dia dengan Hidayah dan baginya ia tidak ada kena mengena langsung dengan harta hak milik arwah ibunya, Allahyarham Sabariah Arshad.
Malah tindakan rumah ibu Ali Puteh bakal disita ini sepatutnya tidak dibuat. Katanya dia baru sahaja dapat tahu mengenai perkara tersebut kerana surat dari mahkamah baru sampai.
Bukan menolak bayar…
“Kenapa perlu kaitkan dengan rumah arwah mak saya? masalah itu antara saya dengan balu Arwah Abam saja. Lagi pun bukannya saya nak menolak untuk bayar RM60,000 itu”
“Pendapatan kerja saya tak macam dulu. Cuma saya tak boleh bayar sekaligus. Ini harta mak saya, kenapa kaitkan dengan kes ini”
“Mana hati budi seseorang, saya ada anak kecil. Kes balu dan faraid lain. Cukuplah 2,3 tahun ni saya kena maki, bila kalah dengan mahkamah tak ada orang percaya dah.” ulas Ali Puteh.
Henti sebarkan fitnah kata Ali Puteh
Selain itu, Ali Puteh turut menjelaskan isu Hidayah tidak ‘dilayan’ datang ke rumah Arwah Abam yang tular sebelum ini adalah fitnah semata-mata. Katanya peguam itu berbual dengan jiran yang juga keluarga mereka pada waktu itu.
Malah Ali Puteh turut memohon Hidayah untuk hentikan dari menyebarkan fitnah dan cuba tunjukkan siapa benar dan salah dalam isu ini.