Bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh, seorang warga emas membina sebuah rumah kelong untuk melindungi keluarganya dari banjir. Persiapan dibuat sejak beberapa bulan lalu dan sejak beberapa hari lalu keadaan hujan lebat menyebabkan banjir melanda beberapa buah negeri di Pantai Timur.
Persiapan hadapi bah banjir
Dengan persiapan yang dibuat oleh warga emas, A. Bakar Che Ahmad ini rumah kelong yang dibina berjaya berfungsi seperti dimahukannya bila dilanda bah. Sejak lelaki berusia 67 ini membina rumah kelong tersebut dia sering menjadi mangsa kritikan warganet yang memandang rendah akan ketahanannya untuk menghadapi musim tengkujuh.
Namun lelaki ini membuktikannya dengan rumah kelong hadapi banjir tersebut masih utuh diikat pada tiang biarpun kampungnya dilanda banjir agak teruk.
Rumah terapung menjadi dan masih selamat
Berikut adalah rakaman keadaan rumah kelong yang ‘beraksi cemerlang’ menghadapi banjir dengan air deras melanda ini:
Kos pembinaan kira-kira RM47,000
Dalam rakaman ini individu berkenaan memberitahu rumah kelong hadapi banjir ini diperbuat dari kayu dan disokong dengan 69 biji tong plastik. Ia juga diikat pada dua tiang setinggi enam meter yang dibina pada sisi kiri dan kanan. Jelasnya supaya rumah tersebut tidak hanyut dibawa arus banjir.
Difahamkan kos pembinaan rumah kelong tersebut adalah kira-kira RM47,000 dan ianya mampu terapung pada musim banjir pada ketinggian sehingga lima meter.
Rumah ni dah boleh jadi contoh kepada yang sering mengalami banjir
Perkongsian mengenai rumah kelong ini berjaya meraih pelbagai reaksi netizen. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen: