Rutin Pelajar Asrama Dalam ‘Projek: High Council’ Buat Ramai Terimbau Memori!

Sponsored

Sudah semestinya setiap yang pernah melalui zaman persekolahan akan ada memori yang akan dikenang bila dewasa. Waktu di usia meningkat remaja inilah pelbagai perkara yang baru tahu dan belajar membuatkan ia akan jadi memori satu hari nanti.

Malah bagi yang pernah tinggal di asrama pastinya memori kehidupan mereka lebih banyak kerana masa lebih diluangkan bersama rakan-rakan. Terbaharu drama berjudul Projek: High Council’ ini telah menjadi perhatian ramai.

Sponsored

Drama ini memaparkan kehidupan sisi gelap pelajar asrama membuatkan ramai teruja untuk menyaksikannya. Malah ada satu babak yang menunjukkan rutin pelajar asrama turut menjadikan ramai yang setuju dengan beberapa perkara.

Babak rutin pelajar asrama dalam ‘Projek: High Council’ ini telah dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter seperti berikut:

Sponsored

Turut ditulis oleh pemilik akaun tersebut adalah beberapa perkara pernah dilaluinya ketika di asrama iaitu Qiamullail dan Sujud Sajadah serta lompat katil bila warden kejut solat Subuh.

Malah di ruangan komen, ramai juga yang mula terimbau memori dan berkongsikan pengalaman mereka ketika berada di asrama. Berikut antaranya:

Sponsored

“Awal sangat ni dia light off. Time asrama dulu jam 10 still ada kat prep malam. Bukan study sangat pun kadang tu membuta je lebih…”


“Rindu tapi bagi aku 1 juta pun taknak repeat lagi rutin ni. Penatt haha. Belum masuk yang riadah petang dan kena datang kelas morning drill…”

“Wajib bagi salam ‘salamkumbang’ bila jumpa senior”

“Pasal outing? fly? hahaha”

SumberTwitter