Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pelakon dan usahawan kosmetik, Syatilla Melvin. Dia yang kini lebih aktif menjalankan perniagaan bersama adik-beradik perempuannya ini sering menghiburkan ramai dengan perangai lucunya apatah lagi di media sosial, ada-ada sahaja telatahnya yang mencuit hati peminat dan warganet.
Baru-baru ini pula, adik kepada Syatilla Melvin iaitu Syifa Melvin telah selamat disatukan dengan jejaka pilihan hatinya, pemain bola sepak terkenal, Safawi Rasid. Selepas majlis akad nikah berlangsung Isnin lalu, kelmarin pula pasangan ini disambut meriah dalam majlis bertandang pula. Dia juga sempat berkongsikan momen di majlis adiknya itu.
Menerusi ruangan Instagram (IG) Syatilla Melvin tidak hanya foto bersama suami, Shahiezy Sam yang dikongsikan malah terdapat juga foto dia bersama adik-beradiknya dimuat naik apabila mereka juga mengenakan warna kurung sedondon. Dalam foto tersebut kelihatan, Syatilla Melvin yang juga merupakan anak kedua bersama kakaknya, Syafiqa, Syida dan adik bongsunya, Melveena Melvin.
Namun begitu, apa yang mengundang dekah ramai disebabkan Syatilla Melvin sempat mengusik adik bongsunya itu, Melveena Melvin apabila dia berkata diruangan kapsyen, “Ya Allah, sapa Melveena Melvin sebenarnya??!!!. Sampai macam tu senget kepala dia.”
Seperti biasa, Syatilla Melvin yang sering mengusik adik-beradiknya membuatkan warganet terhibur dan posting terbaharunya yang menjadi sorotan ramai itu menerima pelbagai komen lucu daripada peminat dan rakan selebriti.
‘Macam kepala edit’
‘Jahat tau baby kemain helokk tu’
‘Jahat oo Tila’
‘Memang nampak dia dulu’