Selain Puteri Sarah, Chacha Maembong juga berangkat tunai umrah

Sponsored

Selain pelakon terkenal, Puteri Sarah Liyana berkongsikan di media sosial miliknya berangkat ke tanah suci, Mekah bagi menunaikan ibadah umrah, pelakon Chacha Maembong juga sama memuat naik momen dia berangkat ke sana.

Menerusi ruangan Instagram, Puteri Sarah Liyana berkongsikan dia ke sana bersama dua cahaya matanya, Syaikhul dan Sumayyah. Puteri Sarah memuat naik foto dia berada di lapangan terbang KLIA mengenakan jubah serba putih.

Sponsored

Puteri Sarah Liyana juga memohon agar orang ramai mendoakan dirinya dan anak-anak. Chacha Maembong menerusi ruangan Instagram peribadinya juga memuat naik beberapa keping foto berkongsikan dia juga terbang ke tanah suci, Mekah bagi menunaikan Umrah.

Chacha Maembong juga dilihat ditemani oleh kakaknya, Shikin Maembong dan abangnya, Ahmad Maembong. Pelakon ini turut memuat naik beberapa keping foto dirinya lengkap berjubah putih dan manis berhijab dan memohon agar mendoakan segala urusan dia, kakak dan abangnya dipermudah.

Sponsored

“Bismillah doakan segala urusan kami dipermudahkan,” tulis Chacha Maembong. Walau bagaimanapun, menjengah keruangan komen kedua-dua selebriti terbabit, Chacha Maembong dan Puteri Sarah peminat dan rakan selebriti mendoakan yang terbaik buat mereka.