Siapa sahaja yang tidak kenal dengan penyanyi nombor satu negara ini. Seorang yang cukup berbakat besar dan berpesonaliti disenangi ramai, inilah dia Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Memiliki pelbagai genre lagu setelah bertahun menapak dalam industri hiburan tanah air, sebut sahaja melodi apa semua boleh dibawakan dengan baik sekali.
Siti Nurhaliza muncul di pentas konsert
Terbaharu Siti Nurhaliza nyanyi lagu Tamil di konsert AR Rahman telah membuatkan ramai teruja. Seakan satu fenomena luar biasa, keluar sahaja penyanyi nombor satu negara ini ke pentas dan menyanyikan sebuah lagu dengan bahasa Tamil membuatkan ramai bersorak dan bertepuk tangan.
Balik tabir konsert AR Rahman
Perkongsian detik bersejarah itu telah dirakam dan dimuat naik menerusi akaun TikTok pengurus Siti Nurhaliza sendiri yang dikenali sebagai Rozisangdewi. Berikut adalah rakaman ketika di balik tabir persembehan Siti Nurhaliza nyanyi lagu Tamil di konsert tersebut:
Memang padu habis! Seronok tengok Siti Nurhaliza seakan puas dapat membuat persembahan di luar keselesaan dan kebiasaan yang dilakukannya.
Netizen puji kesungguhan Siti Nurhaliza
Di ruangan komen, rata-rata warganet memuji dan mengagumi kesungguhan Siti Nurhaliza bagi menjayakan persembahan tersebut. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen itu:
“Confirm konsert malam ni jadi phenomenal. Omg tahniah Tok Ti sedap gilar suara bawa lagu Tamil”
“Terharu sangat tengok sambutan. Lebih terharu tengok kesungguhan Siti hafal lirik. Sebab tu minat saya pada Siti tak pernah beralih”
“Giler tak neves’…Seronok tengok penonton semua bangun’…Comelnye la hai TokTi ni..Patutlah ramai sayang”
“Siti Nurhaliza terlalu bagus. Meremang betul! Sebutannya pun sempurna. Ada sebab kenapa digelar penyanyi nombor 1 Malaysia”
Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Tamil
Berikut adalah rakaman yang sempat penonton di konsert berkenaan yang dikongsikan menerusi akaun media sosial mereka: