“Semua artis aku buat camtu”- Rakaman Jihan Muse sakat Iman Troye hiburkan netizen

Sponsored

Pada awal Januari lalu, peminat Jihan Muse begitu gembira selepas diumumkan bahawa pengacara tersebut bakal kembali selepas setahun berehat daripada melakukan sebarang aktiviti seni. Walau bagaimanapun lebih mengundang rasa teruja warganet kerana Jihan Muse muncul sebagai hos di Anugerah Juara Lagu yang ke-37 (AJL37).

Meskipun begitu, dia tidak berseorangan kerana Jihan Muse digandingkan bersama Sherry Alhadad. Anugerah Juara Lagu yang ke-37 (AJL37) ini bakal berlangsung pada 12 Februari nanti dengan seramai 12 finalis yang akan bertanding untuk merebut gelaran Juara AJL37.

Sponsored

Jihan Muse hos AJL37

Salah seorang yang bakal membuat persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu itu adalah penyanyi muda, Iman Troye. Dia merupakan salah seorang penyanyi wanita yang bakal berentap dengan membawa lagunya berjudul Nang.

Sponsored

Walau bagaimanapun, satu rakaman video dikongsikan ini pula menyebabkan Iman Troye dan Jihan Muse menghiburkan ramai dengan gelagat mereka yang sempat bergurau bersama. Seperti biasa, Jihan Muse yang sering mengundang rasa terhibur orang disekelilingnya sempat mengusik Iman Troye dengan menyanyikan lagunya namun terlupa lirik.

@tv3malaysia

Korang onzz ke tak ONZZ kalau Jihan perform sekali dengan @imantroye dekat AJL37 ? 😝☺️ Jangan lupa saksikan Anugerah Juara Lagu 37 pada 12 Febuari 2023, 9 malam hanya di TV3! Korang jugak boleh strim LIVE HD eksklusif di tonton. #RoadToAJL37 #AJL37

♬ original sound – TV3Malaysia – TV3Malaysia

Bukan itu sahaja, sempat juga Jihan Muse menyakat Iman Troye selepas terlupa lirik lagunya namun nampaknya rata-rata warganet juga meluahkan rasa rindu dan seronok selepas pengacara popular itu akhirnya kembali.

Sponsored

‘Jihan ni adoii’

‘Adoi dua dia…’

‘Tak sabar…’

‘Rindu Jihan’