Shahrulezad Puji Mizz Nina Tak Pernah Buka Aib Rumah Tangga, “Tahu Tahu Settle Dan Move On…”

Sponsored

Sejak kebelakangan ini, banyak kes perceraian yang berlaku di antara golongan selebriti. Tidak cukup dengan itu, ada juga yang berkongsikan masalah rumah tangga mereka di media sosial. Pengarah drama, Shahrulezad tampil bersuara mengenai hal ini dan menyuarakan pandangannya.

Menurutnya, sikap yang ditonjolkan oleh Mizz Nina seharusnya menjadi contoh buat yang lain kerana penyanyi itu tidak ada membuka aib rumah tangganya di media sosial. Tambah Shahrulezad, bekas isteri kepada Noh Salleh itu juga bijak dalam mengawal masalah itu tanpa perlu mengaibkan mana-mana pihak.

Sponsored

“Mizz Nina jugak yang kelas. Senyap senyap dia dapat apa yang dia mahukan tanpa melondehkan aib masing masing di depan kita semua. Tahu tahu settle dan move on. Dan kita pun tak berdosa kepoh sama.”

Ujar pengarah itu lagi, cara profesional yang ditunjukkan Mizz Nina ini juga sekaligus menjauhi masyarakat daripada melakukan dosa dengan berkata-kata atau membuat spekulasi buruk tentang dia mahupun pasangannya.

Sponsored

Perkongsian itu turut menerima sokongan dari netizen yang bersetuju dengan sikap profesional yang ditunjukkan oleh Mizz Nina. Namun ada juga yang menganggap mungkin juga kes rumah tangga Mizz Nina dan Noh Salleh ini lebih mudah kerana kedua-dua belah pihak memberikan kerjasama yang baik.

“Noh pun baik jugak, dia pun lepaskan cara baik. Takde pun nak meleret buat drama semua.”

Sponsored

“Diorang memang jaga aib dan kita tak perlu komen lebih-lebih mana yang emosi sangat habis ke laut.”

Sekadar info, Mizz Nina dan Noh Salleh mengumumkan perceraian mereka pada 4 Ogos 2022 selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga. Sebelum itu, pasangan ini mengumumkan telah mengambil seorang anak angkat lelaki yang dinamakan sebagai Musa.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberfacebook