Sharifah Zarina Rakam Anak Tertidur Masa ‘Video Call’ Dengan BF, Ramai Puji Kata Mak ‘Sporting’

Sponsored

Lumrah pasangan yang sedang bercinta, pastinya akan selalu berhubung untuk mengetahui perkembangan masing-masing. Baru-baru ini pula, penyanyi Sharifah Zarina berkongsikan gelagat anak perempuannya yang tertidur semasa ‘video call’ bersama kekasihnya.

Di dalam video yang dimuat naik ini, penyanyi itu masuk ke bilik anak perempuannya dan mendapati gadis itu sudah pun tertidur. Namun dalam masa yang sama, gadget anaknya masih menyala di mana ada ‘video call’ yang masih belum tertutup.

Sponsored

Rupa-rupanya, anaknya tertidur semasa sedang ‘video call’ bersama lelaki yang dipercayai kekasih anaknya itu. Lebih melucukan, kedua-dua mereka telah pun tertidur dan tidak sempat menamatkan panggilan video tersebut.

Perkongsian video itu turut menarik perhatian netizen di mana rata-ratanya memuji reaksi ‘sporting’ penyanyi itu melayan kerenah anaknya. Malah ramai yang turut memberikan pujian kepada Sharifah Zarina kerana begitu memahami perangai anak muda sekarang.

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, netizen turut meluahkan rasa cemburu melihat reaksi ‘sporting’ yang diberikan Sharifah Zarina sebagai seorang ibu. Dalam masa yang sama, netizen berseloroh sekiranya mereka berada dalam situasi itu pastinya lain pula yang berlaku.

Ini kerana kebiasaannya para ibu bapa pastinya akan mengamuk atau marah sekiranya anak mereka kantoi bercinta apatah lagi membuat panggilan video seperti ini.

Sponsored

“Sporting ye parents macam ni kalau saya confirm kena marah teruk dengan parents.”

“Kalau aku buat macam ni sah-sah karang ada kena kejar dengan parang.”

“Ni kalau saya dah kena dah ni, time tidur tu juga dia kejut. Habis kena maki and marah.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok