“Shu ditangan orang yang salah…”- Imej Shuhada terkini dipuji sesuai jadi model

Sponsored

Shuhada atau nama penuhnya Nurul Shuhada Mat Shukri semakin mencuri tumpuan dalam dunia hiburan tanah air apabila dia menerima sokongan warganet dan selebriti wanita di Malaysia yang tidak putus-putus memberikan semangat buatnya.

Malah menerusi Instagram, Shuhada tidak hanya dilihat terlibat dalam dunia perniagaan miliknya sendiri malah dia juga semakin aktif sebagai model. Sebelum ini dia menjadi perhatian apabila menjadi model koleksi baju raya, penampilannya itu sudah mendapat pujian melambung ramai.

Sponsored

Namun begitu, dia menjadi perhatian dan hangat dibualkan warganet sekali lagi apabila imej terbaharu Shuhada mengundang orang ramai terpaku melihat kecantikannya yang semakin terserlah.

“Shu ditangan orang yang salah memang nampak biasa-biasa. Tapi Shu ditangan saya insyaAllah cantik kejadian dia,” kongsi berryshapehq yang membuatkan orang ramai terpegun melihat imej terbaharu Shuhada ini.

Sponsored

Perkongsian dimuat naik itu ternyata dengan pantas ditonton 1.4 juta kali yang mana imej terbaharu Shuhada itu menerima pujian ramai yang suka melihat perubahannya selepas pelbagai perkara yang terjadi kepadanya. Dalam pada itu, ada yang berpendapat bahawa dirinya sesuai menjadi model.

“Cantik body Shu, sesuai jadi model…”

Sponsored

“Inilah rahsia terbesar wanita kuat, bukan nangis dibucu katil tapi meng’upgrade diri lagi cantik daripada biasa”

“Saya replay video Tiktok ni banyak kali, tahniah Shu!”

“Perempuan boleh cantik bila-bila masa je kan”