Siap Dilambung Tengah Konsert, Lelaki Berkerusi Roda Turut Serta Menari ‘Mosh’ Jadi Perhatian Ramai, “Sakit Pun Tetap Join…”

Sponsored

Pada hujung minggu lalu, telah berlangsungnya ‘Rock The World 20th Anniversary’ yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Selepas hampir dua tahun tidak diadakan, rata-rata pengunjung dilihat begitu teruja menyaksikan persembahan dari 30 artis yang diundang.

Malah para pengunjung turut melakukan aksi tarian ekstrem atau ‘mosh’ di mana gelagat seorang pengunjung berkerusi roda telah menjadi bualan ramai di media sosial. Menerusi video yang dimuat naik itu, kelihatan seorang pemuda yang berkerusi roda ditolak oleh rakannya untuk turut sama menyertai ‘mosh’ tersebut.

Sponsored

Tidak cukup dengan itu, dia juga turut diangkat dan dilambung oleh pengunjung lain di tengah-tengah konsert dengan kerusi roda yang dinaikinya ini. Perkongsian video itu kemudian tular di media sosial dan menerima pelbagai reaksi dari netizen.

Ada yang memberikan komen positif dan memuji semangat setiakawan di antara pengunjung lain membantu pemuda itu turut sama menyertai mereka. Namun ada juga yang menegur lelaki itu untuk berpada-pada dalam berseronok memandangkan dia sedang diuji dengan kesakitan.

Sponsored

“Sakit ingat tuhan, semoga cepat sembuh.”

“Apa benda ni? Aku tengok pun pening.”

Sponsored

“Ini mantap sungguh. Aku perasan kawan dia tolak masuk. Semua steady orang angkat dia.”

Dalam masa yang sama, ramai yang turut meluahkan rasa terkejut melihat gelagat pengunjung lain yang begitu asyik berseronok sehingga mencetuskan kebimbangan ramai. Malah ada yang turut mempersoalkan bagaimana penganjuran konsert seperti itu diluluskan dan diadakan di Malaysia.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok