Siap Pakaikan Mekap, Netizen Puji Fikry Ibrahim Pandai Jaga Ibu, “Straight Masuk Syurga Hang Nanti…”

Sponsored

Baru-baru ini, video yang dimuat naik pelakon Fikry Ibrahim meraih perhatian ramai di media sosial. Di dalam video tersebut, pelakon itu dilihat membawa ibunya berjalan-jalan dan bercuti di Langkawi sambil melawati beberapa kawasan tarikan pelancong di situ.

Menerusi hantaran itu, Fikry kelihatan tidak kekok menguruskan ibunya yang berusia 74 tahun itu malah turut membantu memakaikan solekan pada wajah ibunya. Difahamkan, ibu kepada pelakon itu menghidap angin ahmar dan tidak dapat berjalan seperti biasa, oleh itu dia perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Sponsored

Sekadar makluman, Fikry Ibrahim pernah menghentikan kerjayanya seketika sebagai pelakon pada tahun 2021 selepas ibunya diserang angin ahmar. Malah pelakon itu juga pulang ke kampungnya di Jitra, Kedah buat sementara waktu dan terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon pada ketika itu.

Raih pujian netizen

Perkongsian video yang dimuat naik di Twitter itu turut meraih pujian ramai yang rata-ratanya berasa terharu dengan layanan yang diberikan Fikry ini. Tambah netizen, ia bukanlah satu tugas yang mudah untuk menjaga orang tua yang sedang sakit ditambah pula dengan komitmen kerjayanya sebagai pelakon.

Sponsored

Dalam masa yang sama, netizen turut mendoakan Fikry diberikan kemudahan dan kemurahan rezeki untuk terus menjaga ibunya itu. Malah ada juga yang berharap pelakon itu akan dipertemukan dengan jodoh yang terbaik untuknya.

“Straight masuk syurga hang nanti, insyaAllah.”

Sponsored

“Bab mekapkan mak so touching. Semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter