Sissy Imann ‘Hilang Semangat’ Disebabkan Komen Pedas Juri, Batal Lancar Album Baharu

Sponsored

Sejak persembahan dikritik dan menerima komen pedas dari juri rancangan realiti TV, Famili Duo, Sissy Imann meluahkan rasa sedihnya di media sosial dan telah mencuri perhatian ramai.

Penyanyi yang mula jatuh cinta dengan dunia muzik sejak usia 6 tahun dikenali dengan nama Sissy Imann ini antara anak seni cukup berbakat. Bagaimanapun disebabkan insiden yang berlaku dalam rancangan tersebut membuatkan Sissy Imann hilang semangat dalam meneruskan kariernya.

Sponsored

Terbaharu Sissy Imann meluahkan tentang album baharu yang sepatutnya bakal mula dijual awal bulan depan, namun dia mengambil keputusan untuk hanya menjualnya dengan harga rendah sahaja.

Dalam luahannya itu, Sissy memberitahu yang album miliknya itu telah dirakamkan pada tahun lepas di Abbey Road. Menurutnya niat dan keterujaan untuk mengadakan sidang media berkongsikan tentang album yang diusahakan itu sudah pudar dan lenyap.

Sponsored

Selain dari itu Sissy turut menceritakan kos untuk menghasilkan album itu adalah dari simpanannya bekerja sebagai anak seni sejak hampir 10 tahun. Jadi dia sangat tidak boleh lihat lagi album berkenaan kerana terlalu sedih dan hanya akan menjualkan ia dengan harga bermula RM20 sahaja.

Luahan Sissy Imann hilang semangat ini telah mencuri perhatian ramai. Di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat meninggalkan reaksi mereka seperti berikut:

Sponsored

“It’s your hard work! Love you my dear Sissy Iman”

“Jangan putus asa adik sayang..Teruskan perjuangan. You are stronger than you think”

“Jangan patah semangat dik..Awak bukan sahaja talented tapi awak juga educated..”