Sissy Imann Nafi Kecil Hati Dengan Komen Juri, Hanya Terlalu Sedih Kerana…

Sponsored

Sejak minggu lalu kecoh dengan situasi yang mana komen memberikan komen pedas kepada peserta yang juga penyanyi dalam sebuah rancangan realiti TV. Disebabkan komen tersebut peserta berkenaan, Sissy Imann menangis di pentas.

Susulan itu juga Sissy Imann memilih untuk berdiam diri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Malah rakan dan senior dalam industri hiburan tanah air turut bersuara mengenai apa yang berlaku. Ternyata ada tidak setuju dengan tindakan juri berkenaan dan ada juga yang memberikan nasihat supaya Sissy Imann perlu lebih kental.

Sponsored

Berdiam diri lepas insiden itu

Namun begitu, terbaharu Sissy Imann nafi kecil hati komen juri yang berlaku pada minggu lalu itu. Memetik laporan Xtra, Sissy Imann akui berdiam diri selepas kejadian tersebut kerana kecewa dengan dirinya sendiri.

Menurut Sissy dia kecewa selepas apa yang dirancang tidak menjadi. Katanya dia merasakan persembahan itu tidak menjadi disebabkan dirinya dan dia seakan mengecewakan Naim pada malam itu.

Sponsored

Kecewa dengan diri sendiri

“Sejujurnya, saya mengalirkan tangisan kerana rasa kecewa dengan diri sendiri apabila apa yang saya persembahkan menerusi lagu Jampi yang berbentuk keroncong tidak menjadi seperti yang dirancang,” kata Sissy Imann nafi kecil hati dengan juri.

Tambahnya lagi dia sememangnya tidak membaca komen di media sosial dan tidak memberi respon pada sebarang mesej dan panggilan kecuali dari Naim. Itu pun setelah beberapa kali diendahkannya. Sissy juga enggan terlalu memikirkan tentang apa yang terjadi demi kesihatan mentalnya.

Sponsored

“Saya juga enggan terlalu memikirkan apa yang telah terjadi pada minggu lepas bagi menjaga kesihatan mental saya,” Kata pelantun lagu Ayahanda ini.

Sumberxtra