Siti Nurhaliza Terhibur Tonton ‘Siti Sisters’ Di Famili Duo, “Gelak Sakan Eh”

Sponsored

Mungkin ramai yang sedar atau pun tidak salah satu pasangan rancangan Famili Duo adalah kakak dan adik Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Pasangan yang mengelarkan diri mereka Siti Sisters itu adalah Siti Saidah dan Siti Saerah.

Dalam episod minggu lalu ternyata Siti Sisters sudah mula menunjukkan taring masing-masing apabila berjaya membawa pulang RM10,000 hadiah juara mingguan.

Sponsored

Mempersembahkan lagu Kereta Malam, persembahan pasangan Siti Sisters ini berjaya meraih perhatian juri dan menghiburkan penonton dengan suara dan gaya tarian santai mereka.

Malah persembahan Siti Sisters itu turut ditonton oleh Siti Nurhaliza dari rumahnya. Video yang memaparkan Siti Nurhaliza terhibur tonton Siti Sisters ini adalah seperti berikut:

Sponsored

Perkongsian video Siti Nurhaliza terhibur tonton persembahan Siti Sisters di Famili Duo ini telah membuatkan ramai turut tertawa. Manakan tidak suara Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan gelaran Tok Ti ketawa di hujungnya pun sahaja sudah mencuit hati ramai.

Di ruangan komen, ada juga warganet turut akui persembahan Siti Sisters minggu ini sangat menarik dan menghiburkan. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian video ini:

Sponsored

“Da agak daaa…Mesti Tok Ti terhibur gelak sakan eh”

“Hahaha part last duk gelak comey jek”

“Comel je..Suka dengar suara Dato CT”

“Menyanyi main main macam tu pun merdu”

SumberTikTok