Soal Neraka Dijadikan Gurauan, Video Uyaina Arshad Undang Kecaman Netizen, “Boleh Ke Gurau Macam Ni…”

Sponsored

Bukan semua benda boleh dijadikan gurauan terutamanya jika ia melibatkan soal agama. Baru-baru ini pula, pengacara Uyaina Arshad mengundang kecaman netizen selepas memuat naik video bergurau tentang neraka.

Di dalam video yang dikongsikan di akaun Tik Tok miliknya, pengacara itu dilihat membuat satu video dengan audio yang bercakap tentang neraka. Menurut audio itu, sekiranya dia dimasukkan ke dalam neraka maka dia meminta rakannya juga untuk turut sama masuk ke neraka.

Sponsored

“Tukan, jika suatu hari aku masuk neraka maka masukkanlah juga temanku. Temanku lebih banyak salah dari aku. Masa aku masuk sendiri Tuhan.”

@beritahairanmy

Uyaina Arshad bergurau mahu kawan masuk neraka sama-sama. Tak semua benda boleh jadi gurauan… #uyainaarshad #beritahairan #janganhairan

♬ original sound – Berita Hairan – Berita Hairan

Video itu yang turut menampilkan pelakon Bella Dally yang muncul pada penghujung video dipercayai dirakamkan semasa mereka mengikuti sebuah penggambaran. Walaupun hanya sekadar gurauan di Tik Tok, perkongsian tersebut telah mengundang kecaman hebat dari netizen.

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, ramai yang menegur Uyaina yang telah melampaui batas dengan melakukan video trend seperti itu. Malah rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan tidak menyangka Uyaina akan mengeluarkan kenyataan menyentuh tentang isu agama.

Dalam masa yang sama, ramai yang turut menasihatkan pengacara itu untuk tidak bergurau soal neraka kerana ia tidak patut dijadikan gurauan. Tambah netizen, sekiranya seseorang tahu tentang azab berada di dalam neraka pastinya mereka tidak akan berani mendoakan rakan mereka seperti ini.

Sponsored

“Kalau kita tahu seksa neraka macam mana, orang yang paling kita benci dalam dunia pun kita tak nak dia masuk neraka.”

“Jangan kerana trending kita dah melampui batas.”

“Boleh ke gurau macam ni.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok