Soal umur netizen tepis tak boleh bawa watak hero, lakonan Zamarul Hisyam & Eizlan Yusof dipuji!

Sponsored

Penangan lakonan pelakon senior, Zamarul Hisyam dalam telefilem berjudul Saat Hilang Cintamu membuatkan pelakon ini hangat diperkatakan ramai di media sosial. Malah netizen juga menepis soal umur boleh menghalang untuk seseorang pelakon senior berlakon menjadi watak utama.

Dalam naskah terbaru itu membuktikan pelakon Zamarul Hisyam berjaya memegang watak utama dengan meninggalkan kesan sehingga ada penonton juga akui menangis.

Sponsored

Tidak hanya Zamarul Hisyam, perkongsian pelakon senior Datuk Seri Eizlan Yusof juga membuatkan isu umur bagi pelakon senior menjadi perbualan warganet yang rata-ratanya menepis hal tersebut. Malah orang ramai tidak bersetuju jika pelakon senior tidak boleh membawa watak hero.

“Dah tua, yes, dah gemuk yes tapi boleh ajer berlakon filem aksi ikut momentum semasa. Dalam hidup kita ni jangan terlalu mendongak ke langit kerana bimbang akan tersungkur, rebah ke bumi. Sekadar pandangan dari orang tua yang kerdil ini.” Ujar Eizlan Yusof dilihat bersuara tentang itu.

Sponsored
@eizlanyusof

dah tua… yes… dah gemuk… yes tapi boleh ajer berlakon #filem #aksi ikut momentum semasa… dlm hidup kita ni, jgn terlalu mendongak ke langit kerana bimbang akan tersungkur rebah ke bumi.. sekadar pandangan dari org tua yg kerdil ini.. #stop #bodyshaming and #respect each other 😎 #Filem #Malaysia #KerambitTheMovie #fypシ゚viral #ComingSoon #foryourpage #fyp #foryoupage #fypage

♬ GANGSTERS – Emmett Zetto & Talentless

Orang ramai bagaimanapun meninggalkan pelbagai reaksi diruangan komen tentang pelakon senior, Zamarul Hisyam dan Eizlan Yusof.

‘Legend, tepis kata artis berumur tak mampu bawa watak hero, ini contoh dia’

Sponsored

‘Makin berusia pelakon tu makin tinggi value dia, Hollywood, Bollywood…’

‘Yes betul, satu hari yang muda akan tua, so kena jaga pertuturan. Jangan nanti lagi teruk dari yang dikata dihina tu’

‘Yes tak kan semua pelakon kalau dah tua gemuk kita nak buang macam tu je’