“Sporting semua”- Penyokong sorak dengan lagu Pengantin buat Safawi Rasid

Sponsored

Beberapa hari ini, nama pemain bola sepak Safawi Rasid menjadi sorotan ramai. Mana tidaknya, dia telah selamat disatukan sebagai suami kepada pempengaruh dan pelakon, Syifa Melvin iaitu juga adik kepada selebriti terkenal, Syatilla Melvin. Majlis pernikahan mereka juga membuatkan ramai tumpang bahagia.

Walau bagaimanapun, Safawi Rasid juga telah menarik tumpuan peminat bola sepak baru-baru ini sehinggakan tular beberapa rakaman video dia apabila dikongsikan oleh peminatnya. Umum diketahui, Safawi Rasid antara pemain bola sepak yang mempunyai kehebatan tersendiri apabila beraksi di padang. Malah dia pernah dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai Anugerah Bolasepak Kebangsaan pada tahun 2019.

Sponsored

Safawi Rasid sekali lagi tarik perhatian ramai

Jadi dia antara pemain yang menarik perhatian ketika perlawanan pasukan Malaysia menentang Kemboja pada Jumaat yang dalam pada itu, tular menjadi perbualan ramai. Safawi Rasid dalam satu klip video ini pula membuatkan warganet juga sama terharu.

Sponsored

Mana tidaknya, Safawi Rasid dihadapan penyokong yang hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil ini disorak ramai dengan lagu pengantin memandangkan dia baru-baru ini telah selamat disatukan dengan gadis pilihan hatinya, Syifa Melvin.

Penyokong sorak Safawi Rasid

Sponsored

Menjengah pula ke ruangan komen, warganet tidak sekadar meninggalkan hampir 140,000 tanda suka malah rata-ratanya juga menghujani dengan komen senang mereka terhadap pemain bola sepak terkenal ini.

‘Bestnya’

Safawi

‘Hadiah perkahwinan yang tak akan di lupakan dari penyokong’

Hahahahaha comel siot perangai’