Baru-baru ini, suami kepada pelakon Fatin Afeefa sekali lagi menjadi bualan netizen di media sosial susulan videonya yang tular. Di dalam video yang dikongsikan semula di Twitter, lelaki mesra dipanggil Opai itu membuat satu sesi ‘live’ di Tik Tok dan berinteraksi dengan pengikutnya.
Opai kemudian memberikan reaksi teruja apabila menerima ‘gift’ berbentuk ikan paus yang diberikan oleh isterinya untuk sesi ‘live’ tersebut. Sekadar makluman, kebiasaannya mereka yang melakukan ‘live’ di Tik Tok boleh menerima hadiah secara maya yang mempunyai harga yang tersendiri.
Reaksi teruja yang ditunjukkan Opai ini kemudiannya menimbulkan reaksi kurang senang netizen apabila dia membandingkan pemberian ‘gift’ dari isterinya itu dengan hadiah-hadiah murah lain yang diberikan oleh netizen sebelum itu.
“Kalau ye pun nak bagi gift, ini baru namanya gift, ikan paus. Ini gift tak sampai seribu, pastu nak suruh kita cakap thank you, agak-agak la. Tak, sebab I kalau masuk live orang, i bagi gift banyak-banyak.”
Tidak cukup dengan itu, Opai turut menjawab soalan netizen yang bertanyakan sama ada dia sudah lama menjadi kaya kerana terlalu berlagak dengan kekayaan yang dimilikinya itu. Menurut Opai, dia sudah empat tahun menjadi kaya dan sedang konsisten menjaga kemewahan yang ada.
“Baru kaya berapa tahun? Alhamdulillah, konsisten la empat tahun. Nak jaga kekayaan tu bukan senang.”
Dikecam netizen
Perkongsian video yang tular ini turut menerima kecaman dari netizen yang rata-ratanya meluat dengan sikap berlagak yang ditunjukkan Opai. Malah ada yang menasihati lelaki itu untuk tidak terlalu riak dengan kekayaan yang dimilikinya itu kerana bila-bila masa sahaja nikmat tersebut boleh ditarik semula.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.