Terdahulu, suami kepada pelakon Fatin Afeefa menerima kritikan netizen apabila dia dikatakan berlagak selepas berkongsikan pendapatannya. Di dalam video yang tular itu, lelaki yang mesra dipanggil Opai itu menunjukkan pendapatan seminggunya sebanyak RM76K.
Malah ada juga yang berasa kurang senang apabila lelaki itu turut mengeluarkan kenyataan tentang mereka yang masih ‘single’ dan tidak berduit. Terbaru, Opai tampil dengan sebuah lagi video terkini susulan kecaman hebat yang diberikan netizen terhadapnya.
Di dalam video tersebut, Opai meminta orang ramai untuk tidak membanding-bandingkan kehidupan mereka dengan orang lain. Menurutnya, kita tidak sepatutnya berasa tertekan melihat rezeki yang dimiliki orang lain kerana baginya rezeki setiap manusia itu adalah berbeza-beza.
“Ramai sibuk mengejar impian tapi sekerat jalan. Semua berpunca dari KAU bandingkan diri KAU dengan kehidupan orang lain. Santai lah, kau stress tengok orang lain senang pahal? Enjoy je perjalanan korang.”
Tambahnya lagi, tidak perlu untuk mengeluh dan penat dengan rezeki yang dimiliki sekarang ini. Di dalam perkongsian yang sama itu, Opai turut berkongsikan kenangannya yang pernah hidup susah dahulu namun dia tetap bersyukur dengan apa yang dimilikinya dahulu.
Teringat kenangan masa susah
Opai berkata dia tidak pernah rasa terbeban dengan kehidupan susahnya dahulu kerana dia yakin pada rezeki yang telah ditetapkan oleh Tuhan. Baginya, sekiranya dia percaya pada rezeki yang akan diberikan untuknya maka tiada lagi kesusahan yang akan dihadapinya pada masa hadapan.
“Aku dulu tak pernah rasa terbeban dengan kehidupan susah. Aku bersyukur gila hidup susah dulu sebab waktu susah gila, aku yakin kalau aku percaya pada rezeki, takdir masa hadapan tiada lagi duka lara. Kau kalau asyik comment kat video orang kaya “hidup saya sempit, tolong saya”. Sampai mampus pun hidup kau sempit. Sebab kau tak percaya pada diri kau sendiri.”
Sekadar info, Fatin Afeefa mendirikan rumah tangga bersama Opai atau nama sebenarnya Aliff Awang di dalam sebuah majlis pernikahan tertutup dihadiri kaum keluarga dan sahabat rapat. Sebelum ini, Opai pernah terpalit kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan tentang kaum wanita di akaun Tik Toknya.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.