Suami kongsi foto, Mia Ahmad selamat bersalin anak ketiga

Sponsored

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pasangan bahagia, pelakon Mia Ahmad dan penjaga gol terkenal dikenali sebagai Izham Tarmizi ini. Pasangan sama cantik, sama padan ini juga sering menjadi sorotan ramai di media sosial.

Mia Ahmad dan suami disatukan pada tahun 2017 dan dikurniakan sepasang cahaya mata yang diberi nama Sayf Issa dan Iris Leona yang kini semakin membesar. Walau bagaimanapun, sebentar tadi keluarga bahagia ini menerima kehadiran cahaya mata ketiga mereka.

Sponsored

Selamat dikurniakan cahaya mata ketiga

Izham Tarmizi diruangan Instagram peribadinya berkongsikan sekeping foto yang mana dia mengumumkan berita gembira tentang isterinya itu sebentar tadi kira-kira pada pukul 1.25 pagi tadi, Mia Ahmad selamat bersalin anak ketiga mereka.

Sponsored

Tidak mendedahkan nama anak ketiga di perkongsian ini namun Izham Tarmizi menerusi ruangan kapsyen berkata Mia Ahmad selamat melahirkan bayi perempuan. “Alhamdulillah wife saya selamat melahirkan baby girl anak ketiga kami, 1.25 pagi tadi.”

Suami Mia Ahmad kongsi foto

Sponsored

“Terima kasih kepada semua yang mendoakannya. Semoga dipermudahkan urusan kalian semuanya.” Tulis Izham Tarmizi berserta sekeping foto terbaharu yang mana dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan isterinya itu.

Izham Tarmizi juga mendoakan urusan semua dipermudahkan selain dia juga mengucapkan rasa syukur kerana isterinya selamat melahirkan anak ketiga mereka itu.