“Suara emas”- Tokti jumpa Lesty Kejora, siap duet lagu Sekali Seumur Hidup

Sponsored

Sebut sahaja nama penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau turut mesra dipanggil Tokti tentu ramai yang mengenalinya tidak hanya di Malaysia malah di Indonesia juga nama Tokti begitu digemari peminat di sana.

Mana tidaknya, bakat suara merdu Tokti membuatkan orang ramai sehingga sekarang tergamam jika dia membuka mulut. Walau bagaimanapun, terbaharu peminat di Indonesia begitu teruja apabila dia dilihat berjumpa dengan Lesty Kejora.

Sponsored

Lesty Kejora yang juga popular dengan lagu Sekali Seumur Hidup membuatkan peminat di Malaysia juga teruja melihat pertemuan mereka yang mana Tokti juga menggangap dia sebagai adik.

“Kami sempat menunaikan permintaan fans untuk berduet lagu Sekali Seumur Hidup. Video ini khusus untuk para peminat lagu Sekali Seumur Hidup, syukur dapat bertemu @ctdk hari ini. Ngobrol-ngobrol, makan-makan sambil kita bernyanyi lagu ini.” Kongsi Lesty Kejora di ruangan Instagram.

Sponsored

Walau bagaimanapun, orang ramai teruja kerana dia berduet menyanyi lagu tersebut bersama sehingga rata-ratanya menyokong jika mereka akhirnya akan bergandingan.

‘2 penyanyi wanita idola saya ini dede Lesty Kejora dan Datuk Siti. Sukses terus dan semoga jadi kenyataan kolaborasinya’

Sponsored

‘Team yang setuju mereka konser mana suaranya. Kalau aku sih yes’

‘Merdu sekalii, bismillah semoga keluar single duet nya’

‘Mudahan mini konser bunda lesti berduet dengan datuk siti’