Suara Merdu Suhaimi Saad Dipuji, Ramai Minta ‘Join’ Inteam Semula, “Bumi Rata Pun Ratalah, Minat Suara Dia…”

Sponsored

Tular baru-baru ini, klip video persembahan kumpulan nasyid Inteam bersama bekas angggota asalnya iaitu Suhaimi Saad. Video yang kini tular di media sosial itu memaparkan kelima-lima ahli kumpulan tersebut mengadakan persembahan di sebuah majlis perkahwinan.

Lebih mencuri tumpuan ramai ialah persembahan itu disertai oleh Suhaimi Saad yang pernah menganggotai kumpulan nasyid itu. Di dalam video tersebut, mereka dilihat menyanyikan lagu Impian Kasih yang merupakan salah satu lagu popular kumpulan Inteam.

Sponsored

Kemunculan istimewa Suhaimi Saad ini turut menerima pujian netizen yang rata-ratanya kagum mendengar nyanyiannya yang masih merdu seperti dahulu. Difahamkan, kumpulan Inteam kembali bergabung untuk memberikan persembahan istimewa di majlis perkahwinan pengurus mereka.

@inteam_official

Impian kasih LIVE di majlis perkahwinan pengurus kami. Biasa kami nyanyi berempat, kali ni berlima😍😍😍. Cuba teka kami berduet dgn siapa😍😍

♬ original sound – Inteam_Official – Inteam_Official

Perkongsian video itu turut dihujani dengan komen-komen netizen yang terkejut apabila Suhaimi Saad melakukan persembahan bersama kumpulan nasyid itu. Malah ramai yang tidak menyangka bekas ahli kumpulan Inteam itu bersetuju untuk bergandingan semula.

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, ada juga yang memberikan komen lucu susulan beberapa kenyataan yang pernah dikeluarkan Suhaimi Saad sebelum ini. Menurut mereka, tidak mengapalah sekiranya lelaki itu percaya bumi adalah ‘flat’ asalkan dia mempunyai suara yang sedap semasa menyanyi.

“Bumi rata pun ratalah. Saya minat suara dia best. Harap dapat bersama kembali.”

Sponsored

“Suhaimi saya memang paling minat suara dia. Opinion dia yang bukan-bukan tu saya malas ambik tau.”

“Walaupun dia ni flat earther, memang takleh nafikan suara dia sedap.”

Sekadar info, Suhaimi Saad pernah bergelar ahli kumpulan Inteam sejak tahun 1999 namun berundur pada tahun 2005 kerana terikat dengan kontrak bersama syarikat pengurusan Hijjaz Records. Selain bergelar bekas ahli kumpulan nasyid, Suhaimi Saad juga terkenal kerana beberapa kenyataan kontroversi yang dikeluarkannya sebelum ini.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok