Suka berlakon watak lelaki garang buat peminat geram, Redza Rosli pula tinggal komen- “Sebab saya bukan lelaki lembik”

Sponsored

Pelakon, Redza Rosli nampaknya tampil sekali lagi dengan drama baharu di siaran TV3. Meskipun ramai pelakon baharu yang mulai dikenali dalam dunia lakonan, Redza Rosli masih sahaja menjadi antara pelakon lelaki kegemaran penonton drama tempatan apabila boleh dikatakan acap kali wataknya menjadi sorotan ramai.

Redza Rosli bagaimanapun pernah menjadi bualan hangat penonton dan peminat drama apabila dia membawakan watak lelaki garang dalam drama bersiri berjudul Kekasih Hati Mr. Bodyguard dan Bisik-Bisik Gelora dan ternyata penangan lakonannya itu membuatkan drama tersebut menjadi fenomena di media sosial.

Sponsored

Lakonan Redza Rosli sering jadi tumpuan

Redza Rosli ternyata membuatkan ramai peminat gembira kerana dia muncul sekali lagi dalam sebuah drama baharu yang mulai ditayangkan pada 13 Disember lalu. Dia akhirnya digandingkan dengan pelakon, Scha Elinnea dan difahamkan Redza Rosli sekali lagi membawa watak yang berperwatakan lelaki yang tegas.

Sponsored

Namun begitu, ternyata pemilihan watak lelaki tegas itu sekali lagi membuatkan peminat geram kerana dia dikatakan suka berlakon watak sedemikian yang membuatkan juga peminat tersebut tertanya-tanya bila agaknya dia akan membawa watak yang sweet.

Komen tarik perhatian Redza Rosli

Sponsored

Meskipun begitu, komen peminatnya yang ditinggalkan di perkongsian tersebut turut mendapat perhatian Redza Rosli sendiri dan membuatkan dia juga meninggalkan reaksinya pula tentang persoalan daripada peminat tersebut.

‘Tak masalah dia sekarang asal la Redza suka…’

Redza Rosli