Syahmi Sazli Bantu Mangsa Banjir Di Pusat Sementara, “Last2 Rakyat Tolong Rakyat”

Sponsored

Sebut sahaja nama Syahmi Sazli pastinya ramai yang kenal dengan figura ini. Seorang anak muda Kelantan yang memiliki jiwa besar dan sangat kreatif orangnya.

Selain pernah menerbitkan filem, Syahmi Sazli juga terkenal dengan siri di Youtube miliknya. Terbaharu satu rakaman dengan paparan Syahmi Sazli bantu mangsa banjir di Kelantan ini telah mencuri perhatian ramai.

Sponsored

Dalam perkongsian tersebut dilihat Syahmi Sazli baru tiba di pusat sementara mangsa banjir yang terletak di sebuah sekolah. Kehadirannya itu disambut baik oleh penduduk setempat. Rakaman dari siaran langsung yang disiarkan di Facebook Syahmi Sazli itu telah meraih perhatian ramai.

Berikut adalah rakaman yang memaparkan Syahmi Sazli bantu mangsa banjir yang dikongsikan menerusi akaun media sosial miliknya itu:

Sponsored

Manakala di Tiktok juga ada seorang pengguna yang kebetulan berada di lokasi kehadiran Youtuber dan usahawan terkenal ini sempat merakamkan satu video. Berikut adalah dikongsikan oleh individu tersebut:

@dw7797

Syukur alhamdulillah..Disaat semua sdg bersdih dgn musibah banjir, hadirnya insan tulus spt beliau dtg menyumbang🥺Moga Allah shj membalas jasamu. #pusatpemindahanbanjir2022 #SekKebLongGhafar #syahmisazli

♬ Tasbih Dzikir – IFTAH QULUBANA

Di ruangan kapsyen pengguna TikTok tersebut meluahkan rasa syukur kerana adanya insan baik hati seperti Syahmi ini. Berikut adalah tulisannya:

Sponsored

“Syukur alhamdulillah..Disaat semua sdg bersdih dgn musibah banjir, hadirnya insan tulus spt beliau dtg menyumbang. Moga Allah shj membalas jasamu.”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut meninggalkan kata pujian mereka kepada pemuda baik hati ini. Berikut antaranya:

“Alhamdulillah boleh dijadikan contoh Syahmi ni. Salute seorang yang merendah diri dan tak berlagak walaupun kaya raya”

“Menteri mana menteri? Orang muda cam ni kita nak sebagai menteri..Padu dari segi fizikal dan mental”

“Rakyat tolong rakyat mantap bang”

“Last2 rakyat tolong rakyat”