Syamsul Yusof Akan Saman JAWI RM10juta Kerana Bongkar Maklumat Peribadi, “Ya Ianya Fitnah”

Sponsored

Sejak akhir-akhir ini nama pengarah tersohor, Syamsul Yusof sering disebut-sebut ramai kerana kemelut rumahtangganya yang sedang hangat. Isu yang masih belum reda ini nampaknya kembali hangat selepas isterinya, Puteri Sarah Liyana dan ibunya mengeluarkan beberapa kenyataan di sosial media mereka.

Bagaimanapun, terbaharu kecoh pula di Instagram Syamsul Yusof apabila figura ini tiba-tiba memuat naik khabar akan menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Sponsored

Dalam tulisan tersebut Syamsul Yusof memaklumkan akan saman JAWI dengan jumlah RM10 juta kerana menyebar kenyataan tidak benar, fitnah dan palsu kepada keluarganya.

Tulisnya lagi ia berkenaan isu dia berkahwin lagi dan mengakui ianya adalah fitnah. Berikut adalah perkongsian yang dimuat naik oleh Syamsul Yusof akan saman JAWI berkenaan:

Sponsored

Muat naik Syamsul Yusof tersebut telah meraih perhatian ramai setelah sekian lama menyepikan diri bila pelbagai gosip dan kontroversi timbul.

Malah memetik laporan mStar, Syamsul berkata saman itu dibuat selepas JAWI didakwa membongkar maklumat peribadi yang dianggap fitnah kepada dirinya.

Sponsored

Biarpun begitu, Syamsul dikatakan tidak memaklumkan secara terperinci tentang maklumat yang dimaksudkan. Tambahnya lagi selanjutnya mengenai perihal ini akan dimaklumkan kemudian.

Disebabkan kenyataan Syamsul Yusof tersebut menerusi laman Instagram miliknya itu, rata-rata warganet meluahkan rasa lega mereka. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Haa akhirnya terjawap. Moga dipermudahkan segala urusan”

“Alhamdulillah. Harap bukan kenyataan”

“Jangan main2 dengan fitnah!”

“Syukur..Akhirnya terjawab”