Syamsul Yusof Dedah Punca ‘Block’ Puteri Sarah Dan Akui Tak Pernah Abaikan Nafkah…

Sponsored

Kemelut rumahtangga pasangan selebriti, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah masih menjadi bualan hangat netizen. Setiap satu pendedahan oleh Puteri Sarah mahu pun Syamsul membuatkan ‘angin kencang’ di sosial media.

Gelagat dua selebriti ini berbalas kenyataan mengenai isu rumahtangga juga membuatkan netizen mula menilai pihak mana untuk disokong. Semalam media sosial digemparkan dengan kenyataan Puteri Sarah yang meminta untuk dilepaskan kerana tidak sanggup dimadu dan mendedahkan sehingga ke hari ini nombornya masih disekat.

Sponsored

Menurut Puteri Sarah bagaimana untuk berbincang jika begini keadaannya. Susulan itu Syamsul Yusof tampil dengan satu video menjelaskan sebab nombor Puteri Sarah disekat yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya.

Dedah punca sebenar

Dalam video Syamsul Yusof dedah punca ‘block’ Puteri Sarah tersebut, pengarah Mat Kilau ini beritahu setiap kali mahu berbincang mengenai rumahtangga, Sarah akan mengeluarkan kata-kata kesat menyebabkan keadaan jadi lebih teruk.

Sponsored

Tak mahu bergaduh

“Saya menyekat isteri saya kerana tidak suka bergaduh. Macam mana saya berkomunikasi dengannya kalau dia sentiasa maki hamun, aku engkau aku engkau,” kata Syamsul Yusof dedah punca ‘block’ Puteri Sarah.

Malah Syamsul turut mendedahkan dia dan Sarah masih lagi berkomunikasi menerusi ibunya sendiri jika berkenaan soal nafkah anak-anak. Jelasnya lagi, biarpun dia block Sarah namun nafkah anak-anak tidak pernah diabaikan.

Sponsored

“Perbelanjaan keluarga saya tetap beri. Saya bekerja keras memang untuk isteri dan anak-anak,” ujarnya lagi.

Mohon orang ramai henti kritik kedua-dua isterinya

Selain dari itu Syamsul juga berpendapat isu rumahtangga sebaiknya tidak diceritakan di sosial media kerana akan mengundang fitnah dari umum.

“Bukan semua perkara yang anda baca di sosial media itu boleh dipercayai. Kalau tak tahu hal sebenar jangan bersuara, dosa kering je nanti.”

Tambahnya lagi dia memohon orang ramai tidak melemparkan kata tidak baik pada Puteri Sarah dan isteri keduanya Ira Kazar. Dia juga tidak mahu orang ‘mengusik’ ibu dan bapa serta keluarganya yang lain. Katanya kalau nak kutuk dan hina, lakukan pada dirinya sahaja kerana dia yang berkahwin lagi satu.

Puteri Sarah kata cukup ‘play victim’

Sementara itu, menerusi Instagram Stories Puteri Sarah Liyana menulis seperti berikut: