Kemelut yang melanda rumahtangga pengarah popular, Syamsul Yusof dengan isterinya, Puteri Sarah Liyana nampaknya belum ada sinar untuk reda. Pada Selasa, Syamsul Yusof telah failkan nusyuz terhadap isterinya itu.
Keesokannya Puteri Sarah pula buat tuntutan hak penjagaan anak di mahkamah. Terbaharu lewat petang Rabu Syamsul Yusof telah mengadakan sidang media tergempar bagi menjelaskan segala kemelut dan kontroversi yang terjadi sejak akhir-akhir ini.
Dalam majlis tersebut, Syamsul Yusof nafi pernah pukul Sarah dan mengakui ianya fitnah. Menurut pengarah ini juga dia tidak menyangka Puteri Sarah tergamak keluarkan dakwaan sebegitu.
“Dia telah fitnah saya pukul, tak beri nafkah. Saya terpinga-pinga bila tahu dia buat dakwaan sebegitu. Mungkin dia benci saya ketika itu tapi takkan sampai begini”, kata Syamsul Yusof nafi pernah pukul Sarah.
Tambahnya lagi dia tidak pernah sekali memukul isteri pertamanya itu. Perkara tersebut juga ada kaitan dengan permohonan nusyuz yang difailkan oleh Syamsul.
Jelas Syamsul lagi, dia telah cuba mengajak isterinya untuk berbincang banyak kali tapi ianya ditolak. Malah Puteri Sarah juga seringkali meminta untuk diceraikan dengan alasan dia mempunyai orang lain.
Malah, Syamsul turut menjelaskan bahawa dia telah banyak kali cuba untuk mengajak isterinya itu untuk berbincang namun permintaannya ditolak.
“Saya ada hubungi dia untuk berbincang menyelesaikan kemelut ini. Saya tanya apa dia mahu? Bukan mahu terus bercerai, berbincang dahulu. Malangnya bila saya hubungi, dia minta dilepaskan dan cakap sudah ada orang lain,” jelas pengarah ini lagi.
Kata pengarah ini lagi dia tidak kejam untuk ambil anak-anak dari ibunya. Jadi perihal itu tidak perlu risau.