Tak Lari Lepas Langgar Kereta, Fasha Sandha Jumpa Rider Untuk Belanja Makan, “Semoga Adik Ni Sukses…”

Sponsored

Baru-baru ini, tular di media sosial kisah seorang rider penghantar makanan yang telah melanggar sebuah kereta. Namun rider tersebut tidak melarikan diri sebaliknya mengakui kesalahan yang dilakukannya kepada pemilik kereta. Malah dia juga mahu membayar ganti rugi kepada pemilik kereta untuk menebus kesalahannya ini.

Tindakan berani rider tersebut juga turut menyentuh hati pemilik kereta itu di mana dia akhirnya memaafkan sahaja pemuda itu dan tidak memperbesarkan insiden yang berlaku. Kisah yang tular ini turut meraih perhatian ramai dan video itu juga telah menerima hampir empat juta tontonan setakat ini.

Sponsored

Pelakon Fasha Sandha juga turut sama berasa terharu melihat tindakan berani rider itu dan meminta bantuan orang ramai untuk berjumpa dengannya. Difahamkan, semalam pelakon itu telah pun bertemu dengan pemuda itu dan membelanjanya makan bersama ahli keluarga yang lain.

“Dengan izin Allah, dapat berjumpa ‘adik Grab contoh’ viral ni. Semoga kita dapat mengambil teladan daripada kisah adik grab ni. Semoga adik ni sukses.”

Sponsored

Terharu dengan golongan rider

Menurut Fasha, dia sentiasa memandang tinggi terhadap pekerjaan sebagai penghantar makanan semenjak pandemik Covid-19 melanda negara. Malah baginya, golongan ini banyak membantu rakyat semasa negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada satu ketika dahulu.

Fasha memberitahu usahanya untuk mencari rider berusia 19 tahun ini agak lambat memandangkan pemuda itu tidak aktif di media sosial. Namun di atas bantuan abang iparnya, mereka akhirnya berjaya menjejakinya di mana rider tersebut meninggalkan pesanan di akaun Instagram miliknya.

Sponsored

“Saya memang selalu sebak kalau ada cerita viral tentang rider. Mereka ini boleh dianggap sebagai frontliner masa tempoh PKP dulu. Apabila saya membaca kisah dia, saya menangis dan ada juga dalam kalangan follower yang sedih membaca kisah tersebut.”

Di dalam pertemuan itu, Fasha turut menerima kiriman makanan yang dihantar oleh Adinda Bongsu YDP Agong, Tengku Dato’ Hajjah Shahariah Binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang sudi mengirimkan makanan buat mereka bagi sama-sama menjamu rider tersebut.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.