Tak Mesra Macam Dulu, Aliff Aziz Dan Sophia Albarakbah Kini Dikatakan Kekok Berlakon Bersama?

Sponsored

Sebelum ini, pelakon Sophia Albarakbah dan Aliff Aziz terpalit dengan kontroversi apabila pelakon wanita itu mengakui terlanjur mencintai suami kepada Bella Astillah ini. Difahamkan, ia berlaku susulan gandingan mereka berdua di dalam drama berjudul Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Baru-baru ini pula, muncul desas desus mengatakan kedua-dua pelakon itu kini bersikap dingin di set penggambaran susulan kontroversi yang berlaku sebelum ini. Malah ada yang mengatakan mereka juga tidak bercakap dengan satu sama lain malah tidak lagi mesra seperti dahulu.

Sponsored

Menurut pengarah drama, Osman Ali, dia tidak tahu mengenai situasi di lokasi penggambaran membabitkan kedua-dua pelakon ini. Pengarah itu difahamkan kini pulang sebentar ke kampungnya di Langkawi manakala penggambaran diteruskan oleh pengarah bersama drama tersebut.

Penerbit nafi khabar angin

Penerbit drama, Farid Zaid pula menafikan dakwaan dua pelakon utama itu bersikap dingin dan tidak berkomunikasi di set penggambaran. Katanya dia tidak nampak sebarang perubahan malah kedua-dua pelakon itu kekal profesional ketika bekerja dan fokus dengan komitmen masing-masing.

Sponsored

“Isu yang berlaku sudah pun reda dan tak sangka pula diperkatakan kembali, dengan cerita lain pula. Tapi, apa yang boleh saya kata, komunikasi mereka berdua baik-baik saja selepas kontroversi itu. Kedua-duanya kini tetap profesional ketika bekerja.”

“Pergaulan mereka di set pun tidak keterlaluan, masih biasa-biasa saja. Termasuk, masing-masing juga tidak beremosi dan tarik muka di antara satu sama lain. Dalam soal bekerja, memang mereka profesional. Kalau nak kata ‘mesra’, ia pada saya subjektif.”

Sponsored

Dalam masa yang sama, Farid memaklumkan baki penggambaran masih lagi berbaki 20-25 peratus di mana ia membabitkan gandingan Aliff dan Sophia selaku teraju utama. Terdahulu, sumber mengatakan kedua-dua pelakon itu bersikap profesional menghabiskan baki penggambaran namun bersikap dingin dengan satu sama lain.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.