“Tak senang”- Walau cuaca panas Maryam syukur kuat tetap berhijab penuh

Sponsored

Sebut sahaja nama Maryam tentu ramai yang mengenali dengan pempengaruh media sosial terkenal ini yang mana telatahnya sering mencetuskan tawa buat peminat dan warganet. Maryam iaitu seorang wanita dari Korea dan menetap di Malaysia bersama suaminya, Ryzal Ibrahim.

Sempena hari Raya ini pula, Maryam mengikuti Ryzal Ibrahim untuk beraya di Kelantan. Maryam di ruangan Instagram juga berkongsikan momen tersebut namun dalam pada masa sama, perkongsian Maryam mengundang rasa kagum peminat.

Sponsored

Ini kerana, Maryam berkongsikan cuaca panas di Kelantan dan sempat berkongsikan dua keping foto imej cantiknya itu yang dipuji ramai tetapi apa yang membuatkan dia menjadi tumpuan juga kerana cuaca panas tidak menghalang Maryam berhijab penuh.

Meskipun tidak mudah namun Maryam sangat bersyukur kerana dia berjaya berhijab penuh dan bersyukur kerana dikurniakan kekuatan.

Sponsored

“Tak senang pakai tudung fully kat Kelantan. Cuaca memang panas. Tapi Maryam berjaya Alhamdulillah. Allah buat saya kuat sangat”

Peminat dan netizen tampil memberikan pujian dan bangga dengan kejayaan Maryam disamping turut mendoakan agar dia kekal istiqamah.

Sponsored

Maryam pakai tudung lagi cantik, panas kat sini sejuk kat ‘sana’

Itulah, cuaca kat Kelantan panas dia fuhh, Alhamdulillah, semoga kak Maryam istiqomah

Alhamdulillah proud of you kak Maryam. Semoga Allah kuatkan hati akak untuk terus istiqomah

Alhamdulillah moga terus istiqomah cantik sangat Maryam pakai tudung

SumberMaryam