“Tak tertakluk kepada artis je…”- Neelofa dan Diana Danielle berbual cara hadapi kecaman dipuji netizen

Sponsored

Dua nama yang cukup terkenal dalam industri hiburan tanah air, Neelofa dan Diana Danielle bukanlah asing lagi bagi ramai. Kejayaan mereka dalam dunia lakonan membuatkan kedua-duanya berjaya menempa nama sekali gus mempunyai ramai peminat.

Usahawan tudung terkenal itu bagaimanapun dalam satu sesi video secara langsung nampaknya kali ini bergabung dengan Diana Danielle dengan berbual pelbagai topik. Sudah menjadi lumrah sebagai artis juga, pasti ada masa mereka akan menerima kecaman. Jadi ia menarik perhatian Neelofa untuk bertanyakan kepada Diana bagaimana cara dia mengendalinya.

Sponsored

Muatnaik itu memaparkan Diana Danielle juga ingin mendengar pandangan Neelofa sendiri kerana dia turut hebat dalam menangani kecaman terhadap dirinya apabila selebriti dan usahawan popular itu sering mendapat perhatian di media sosial.

Walau bagaimanapun, jawapan Diana Danielle itu cukup membuatkan dia sekali lagi dipuji netizen tentang kebijaksaannya dalam menjawab pertanyaan.

Sponsored

Neelofa yang juga mempunyai jawapannya tersendiri turut mendapat perhatian buat pengguna Instagram selepas ianya dikongsikan semula. Manakala bagi netizen, jawapan tersebut boleh digunakan buat semua tidak tertakluk kepada selebriti sahaja.

‘Ambik masa untuk menjawab soalan sebab fikir kesan selepas jawab persoalan tu dan jawapan tu nokhtah, bukan untuk drag atau timbul soalan baru. That a great Diana’

Sponsored
Neelofa

‘Jawapan ni bagus untuk semua orang apply dalam kehidupan seharian. Tak tertakluk kepada artis je…’

‘Very spontaneously dan brilliant answer Diana Daniel’

SumberLofa.page