Tanya soal drama, penonton Indonesia & Malaysia ‘hujani’ komen di IG Anna Jobling

Sponsored

Selepas kejayaan drama Melur Untuk Firdaus, pelakon utama iaitu Meerqeen dan Anna Jobling sentiasa menjadi sorotan ramai di media sosial. Ini kerana tidak hanya drama malah keserasian pelakon berkenaan yang pertama kali digandingkan berhasil menarik tumpuan penonton.

Meskipun begitu, atas permintaan ramai ternyata Melur Untuk Firdaus menemui penonton bagi musim kedua. Anna Jobling di Instagram bagaimanapun bertanyakan kepada penonton bagaimana episod pertama yang telah ditayangkan baru-baru ini.

Sponsored

Tanya Anna Jobling tentang drama tersebut menerima ribuan komen yang ternyata peminat dari Indonesia juga begitu teruja melihat mereka dalam musim kedua.

“So macam mana episode 1?,” tanya Anna Jobling selepas episod pertama tersebut ditayangkan. Ternyata seperti musim pertama, Melur Untuk Firdaus musim kedua berjaya menangkap perhatian penonton dan siapa menyangka, Anna Jobling juga dihujani komen daripada peminat Indonesia.

Sponsored

Malah ramai yang menganggap keserasian Anna Jobling dan Meerqeen kali ini tidak seperti berlakon namun benar-benar dilihat seperti realiti. Ia membuktikan lakonan hero dan heroin Melur Untuk Firdaus musim kedua juga berjaya mendapat perhatian penonton.

‘Mohon maaf saya seperti melihat Anna Jobling dan Meerqeen bukan Melur Firdaus. Keserasianya terlalu nyata…’

Sponsored

‘Best. Baru episod satu tapi macam-macam yang jadi. Ada sweet ada geram ada takut ada serammm’

‘Awal-awal ni semua sweet. Nanti mesti geram arghh’

Anna Jobling

‘Jujurla aku bukan peminat sinetron tapi sweet couple ini mampu mengalihkan duniaku’

Anna Jobling