Telefilem Saat Hilang Cintamu Dari Kisah Benar Buat Penonton Hiba, Watak Utama Masih Hidup Hingga Kini

Sponsored

Sabtu lalu telah disiarkan sebuah telefilem berjudul Saat Hilang Cintamu di slot Cerekarama TV3. Sebuah karya hebat yang berjaya meruntun hati peminat menyaksikan lakonan para anak seni ini juga mencuri perhatian ramai.

Pelakon utama Saat Hilang Cintamu ini adalah Zamarul Hisham dan Rita Nadira. Kedua-duanya berjaya membawakan karakter dengan baik sekali. Berkisarkan mengenai seorang suami, Razil yang cukup setia dengan isterinya.

Sponsored

Namun demi mengejar duniawi, si isteri curang dan akhirnya memilih hidup dengan teman lelaki yang kemudiannya bercerai dan berkahwin dengan pilihan hatinya. Namun siapa sangka, rupanya si suami baru menipu dan akhirnya kemalangan.

Sedih dengan nasib bekas isteri, Razil berkahwin semula dengannya yang sudah terlantar akibat kemalangan. Namun akhirnya si isteri ‘pergi’ juga.

Sponsored

Pengarah telefilem ini adalah Fadzil Teh dan baru-baru ini figura tersebut mendedahkan karya Saat Hilang Cintamu dari kisah benar yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini.

“Terima kasih yg sudi menonton #saathilangcintamu. Semalam. Kisah benar adaptasi pengorbanan seorang suami di Perleh. Muga bertemu isterinya dijannah nanti. Terima kasih seluruh perleh dan orang kg yg banyak membantu masa shooting”, tulis Fadzil Teh di Facebook baru-baru ini.

Sponsored

Malah watak Rizal yang paling utama dalam telefilem Saat Hilang Cintamu dari kisah benar ini juga dikatakan masih hidup dan berusia 70 tahun. Ini yang didedahkan oleh Zamarul Hisham sendiri apabila ramai akui meruntun hati tengok lelaki sanggup bina pondok dan tinggal berhampiran rumah bekas isterinya.

Selain dari jalan cerita yang meruntun hati, latar belakang lokasi penggambaran cukup indah iaitu di Perlis turut menerima pujian ramai. Berikut antara reaksi ramai yang akui suka menyaksikan jalan cerita begini di televisyen.

“Kalau abang Zamarul yang berlakon memang superb!”

“Pelakon macam ni yang kami nak tengok”

“Dah lama tak tengok cerekaram, sebab ternampak iklan, macam best dan cerita baru!”