Telefon Puteri Sarah terjatuh dalam longkang, “Semua pakat risau bukti…”

Sponsored

Sejak kebelakangan ini, nama pelakon Puteri Sarah Liyana begitu hangat diperkatakan ramai selepas pendedahan demi pendedahan dilakukan mengenai isu rumah tangganya dengan pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof.

Pengarah filem Mat Kilau itu juga akhirnya mengakui telah bernikah dengan Ira Kazar dan Puteri Sarah pula masih isterinya. Walau bagaimanapun, sebelum itu Puteri Sarah telah mengambil tindakan terhadap Ira Kazar atas dakwaan menganggu rumah tangganya dan meskipun dia telah berkahwin dengan Syamsul, saman tersebut tidak terbatal.

Sponsored

Puteri Sarah jadi perhatian ramai

Sejak isu tersebut semakin tular dan mendapat perhatian di media sosial, Puteri Sarah berterusan menerima sokongan ramai. Apatah lagi setiap muatnaik dia di Instagram membuatkan ramai meninggalkan pelbagai komen mengikuti perkembangannya.

Sponsored

Walau bagaimanapun, terbaharu Puteri Sarah berkongsikan tentang telefon miliknya yang terjatuh dalam longkang namun bersyukur kerana terdapat pihak yang segera menyelamatkannya.

Telefon Puteri Sarah jatuh

Sponsored

Hantaran Puteri Sarah di Instagram peribadinya itu telah menarik perhatian ramai yang bimbang akan bukti yang tersimpan dalam telefonnya itu dan minta diselamatkan namun ibu kepada dua cahaya mata ini berkata bukti baik-baik sahaja.

‘Semua pakat risau bukti ni, jaga baik-baik bukti tu. Kami rakyat Malaysia setia menyokongmu’

Puteri Sarah

‘Kak sarah, bukti semua okay. Yang tu nyawa jugak tu’

‘Hp rosak takpe, boleh beli baru. Tapi bukti-bukti tu please simpan elok-elok’