Tergelak tiada bunyi, Ernie Zakri terhibur dengan lawak Amelia Henderson cuit hati ramai

Sponsored

Pelakon dan pengacara, Amelia Henderson nampaknya semakin menarik perhatian warganet dengan satu program dikendalikan olehnya, Studio Sembang apabila menariknya temubual bersama selebriti cukup sempoi dilakukannya sehingga selebriti jemputan juga terhibur dengan telatah sporting Amelia Henderson.

Malah beberapa klip video Amelia Henderson bersama selebriti jemputan menghiburkan warganet tular dengan ramai tidak menyangka pelakon drama Kisah Cinta Kita ini juga seorang yang kelakar dan terbaharu satu rakaman video pendek memaparkan penyanyi, Ernie Zakri menjadi tetamu jemputan kali ini membuatkan ramai tidak dapat menahan ketawa mereka.

Sponsored

Ernie Zakri terhibur gara-gara Amelia Henderson

Ini kerana, dalam pada Ernie Zakri menjadi tetamu jemputan seperti biasa Amelia Henderson akan berkongsikan punchline lawak kepada tetamu yang hadir di Studio Sembang dan nampaknya kali ini Amelia Henderson sendiri juga terhibur dengan reaksi Ernie Zakri yang begitu geli hati dengan gelagatnya.

Sponsored

Malah gelagat kedua-duanya juga membuatkan warganet turut sama tergelak apatah lagi, Ernie Zakri yang terhibur dengan punchline lawak sehinggakan ketawanya tidak kedengaran dimana seolah-olah dia terlalu terhibur.

Perkongsian tersebut dalam pada masa yang sama menerima pelbagai reaksi lucu oleh warganet dan akui akan menyaksikan episod tersebut yang mana kali ini Amelia Henderson akan bersama Ernie Zakri dalam program Studio Sembang.

Sponsored

‘Gelak silent ni paling penat wehh hahahaha’

Amelia Henderson

‘Mengekek Ernie Zakri gelak hahahaha air sejuk…’

‘Ame memang suka gelak besar…’