Teringin Makan Croissant Cicah Coklat Panas Seperti Di Paris? Khairul Aming Kongsi Cara Pesan Di Starbucks

Sponsored

Sebut sahaja nama Khairul Aming pastinya ramai terbayangkan video-video masakan sempoi dari pemuda kreatif ini. Malah resipi-resipi yang dikongsikan juga sangat mudah untuk dicuba dan diikuti.

Beberapa minggu lalu tular dengan satu video yang memaparkan Khairul Aming sedang mengembara ke bumi Eropah. Dalam video tersebut anak Kelantan ini sempat berkongsikan salah satu menu yang dijamahnya ketika berada di sana.

Sponsored

Ia adalah Croissant cicah coklat panas. Disebabkan perkongsian tersebut ramai pula yang terliur dan tak kurang juga pertikaikan status halal.

Meskipun begitu, terbaharu Khairul Aming kongsi cara pesan menu tersebut tapi hanya di Starbucks Malaysia. Berikut adalah perkongsian pemuda ini:

Sponsored
@khairulaming

Sama tak croissant cicah hot chocolate dekat Starbucks dengan yang dekat Paris? jom kita try 😁 #makanlokal #hello2023

♬ Morning in Paris – Morning Chill Playlist

Menurut Khairul Aming dia memesan classic hot chocolate, susu separuh dan tambah 4 scoop dark mocha untuk menambah kepekatan air coklat tersebut.

Turut dipesan adalah whipping cream dan croissant. Cara makannya pula tambah whipping cream di dalam air coklat panas dan kemudian cicah dengan croissant.

Sponsored

Wow, memang terliuar habis tengok Khairul Aming makan! Nampaknya tak perlu ke Paris untuk menikmati hidangan macam dikongsikannya ini.

Di ruangan komen, rata-rata netizen teruja dan mahu cuba cadangan menu oleh Khairul Aming tersebut. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan tersebut:

“Mencilah terliur teruk ni”

“Dalam menu minggu depan ada set Khairulaming”

“Dia dah meracunnn kena try nih”

“Pergi stabak order ‘Set Khairul Aming'”