Hero Malaya kesayangan ramai, Remy Ishak sentiasa menjadi perhatian oleh peminat drama tempatan. Mana tidaknya, dia tidak sekadar kacak malah bakatnya apabila berlakon cukup hebat sehinggakan berpuluh-puluh tahun memegang watak hero.
Meskipun ramai pelakon baharu lelaki yang muncul di kaca televisyen, Remy Ishak tetap menjadi antara hero Malaya popular. Jadi apabila berpeluang untuk berjumpa dengan dirinya, siapa sahaja yang tidak mahu.
Menganggap seorang peminat Remy Ishak bertuah apabila secara tiba-tiba Remy Ishak muncul dihadapannya, satu rakaman video dikongsikan oleh seorang individu bagaimanapun meraih perhatian ramai.
“Terkejut kita tiba-tiba ‘kanda’ depan mata,” ujar pemilik akaun tersebut yang mana dia terkejut dengan kemunculan pelakon kacak berkenaan di hadapan mata.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen ada juga mengambil peluang itu berkongsikan kisah Remy Ishak yang begitu sporting dan baik apabila belanja orang ramai. Ternyata juga ratusan komen positif ditinggalkan oleh warganet yang berkata artis berkenaan sememangnya sporting dan humble.
“Sporting Remy Ishak ni, hari tu jumpa dekat Masjid Wilayah masa solat Jumaat, dia belanja semua orang makan, isteri dia pun ada sekali senyum manis je”
“Nasib baik I tak jumpa Remy. If not, pengsan…”
“Adoi tak sedar rupanya kita duk repeat tengok berpuluh kali”
“Remy ni memang tak sombong. Pernah sekali payung kita kena kat muka dia, dia senyum je cakap takpe”