Terlalu Ikut Emosi, Sissy Iman Menyesal Jual Album Harga RM20, “Kalau Gimik Baik Saya Jual Harga RM150…”

Sponsored

Sebelum ini, penyanyi Sissy Iman mengumumkan akan menjual album terbarunya yang dirakamkan di Abbey Road Studios, London pada harga RM20 sahaja. Ini susulan komen pedas yang diberikan oleh Mas Idayu terhadap persembahannya di program Famili Duo bersama Naim Daniel.

Di dalam pengumuman yang dimuat naik di Instagram, Sissy memaklumkan album tersebut dihasilkan menggunakan duitnya sendiri selama 10 tahun berada dalam industri. Namun kini Sissy mengakui berasa menyesal dengan keputusan itu gara-gara terlalu ikutkan emosinya pada waktu tersebut.

Sponsored

Jelas Sissy, dia berasa ralat apabila membuat keputusan tersebut tanpa berbincang dahulu dengan kedua ibu bapanya. Apatah lagi kerana kos pembikinan album solonya itu sebenarnya menelan belanja puluhan ribu ringgit.

“Saya jual dengan harga RM20 itu termasuk caj penghantaran, memang tak untung pun sebab penghantaran ke Singapura saja, RM78. Tapi, apa nak buat sebab itu keputusan saya sendiri yang gagal kawal emosi dan kesedihan diri sendiri.”

Sponsored

Mengulas tentang keputusan yang dibuat itu, Sissy berkata selepas dirinya berada dalam keadaan yang tenang dan mampu berfikir dengan baik, barulah dia kemudiannya menyesal dengan keputusan yang dibuat itu. Tambahan pula, penghasilan album itu adalah pencapaian yang sangat bermakna buat dirinya sebagai penyanyi.

Nafi buat gimik

Dalam masa yang sama, penyanyi itu menafikan dakwaan dia menangis di pentas Famili Duo sebagai gimik untuk melancarkan album terbarunya ini. Sekaligus membuatkan dia berjaya meraih keuntungan apabila sebanyak 1,000 unit albumnya habis terjual dalam masa dua jam sahaja.

Sponsored

“Kalaulah saya betul-betul nak buat gimik dengan menangis di pentas dan fikir keuntungan, lebih baik saya jual album itu dengan harga RM150 atau lebih. Sebab masa itu pun, orang memang tengah kasihankan saya dan mana tahu mereka sanggup nak beli juga.”

Walaupun menyesal dengan keputusan tersebut, Sissy bersyukur dengan rezeki lain di mana kini ramai yang mula mengenalinya dalam industri. Difahamkan, Sissy akan membuat cetakan semula untuk memenuhi permintaan pembeli dan menjualnya pada harga RM50 seunit termasuk mengenakan caj penghantaran.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.