Terserempak ‘Kapla High Council’, Pelakon Ini Sempoi Layan Permintaan Peminat

Sponsored

Drama berjudul Projek High Council yang kini sedang ditayangkan di Astro telah berjaya menambat hati ramai. Sebuah karya yang mengetengahkan kisah kehidupan pelajar asrama, barisan para pelakonnya turut mengundang perhatian penonton.

Hasil gabungan pelakon baru dan lama, antara yang berbakat menghiasi drama ini adalah Azhar Sulaiman, Nadhir Nasar, Naim Daniel, Mierul Aiman, Amir Ahnaf dan ramai lagi.

Sponsored

Siapa sangka ‘muka’ baru dalam industri hiburan ini berjaya membuatkan gadis-gadis ‘cair’ dengan lakonan hebat mereka. Malah baru-baru ini seorang pengguna TikTok teruja bila sempat terserempak ‘Kapla High Council’ dan pelakon tersebut melayan permintaannya.

Berikut adalah perkongsian rakaman gadis ini yang teruja terserempak ‘Kapla High Council’ itu yang dimuat naik menerusi akaun Tiktok miliknya:

Sponsored
@atqhmaisara._

tengokla saya terjumpa siapa ehe okbye 💅🏼😬 #highcouncil

♬ Bad boy – Marwa Loud

Dalam perkongsian rakaman ini dipaparkan pelakon tersebut melayan permintaannya untuk meluahkan skrip popular drama yang sedang hangat iti. Untuk info, nama pelakon ini adalah Amir Ahnaf.

Malah meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut teruja dengan perkongsian video itu. Berikut antara yang diluahkan peminat yang ‘cemburu’ dengan gadis bertemu dengan pelakon lelaki ini:

Sponsored

“Penat member ape pun aku rasa dia ni maybe ke depan banyak production akan ambil lejend”


“Amir Ahnaf hahaha mesti dalam fikiran u, ‘hais, line ni lagi’. Setiap kali jumpa peminat kita mesti mintak benda sama”

“Dia tengah malu ke tu ahahaha ee omeii”

SumberTikTok