Tular Di Indonesia, Gambar Ameera Khan Dijadikan Trend Jejaka Seberang, “Kalau Ternyata Jodohku…”

Sponsored

Muncul satu trend baru di Tik Tok kini apabila adik kepada selebriti Neelofa iaitu Ameera Khan yang menjadi perhatian di Indonesia. Difahamkan, trend ini bermula selepas gambar gadis itu dikongsikan oleh warganet Indonesia sekaligus mencuri perhatian ramai dengan kecantikan dimilikinya ini.

Trend tersebut memaparkan para jejaka di Indonesia yang memuat naik gambar mereka diikuti dengan gambar Ameera Khan menggunakan kapsyen dan lagu yang sama. Di dalam trend tersebut, mereka mengharapkan akan dijodohkan dengan gadis itu.

Sponsored

“Kalau ternyata jodohku Ameera Khan, ya udah aku terima ya allah. Gak tahu kenapa sepasrah ini.”

Susulan trend yang menjadi ikutan ramai ini, rakan baik Ameera Khan iaitu Rosix Omar juga turut melakukan trend yang sama dengan gadis itu. Rosix turut menyakat Ameera dan berdoa akan dijodohkan bersama gadis itu sekaligus membuatkan adik kepada Neelofa ini ketawa besar melihatnya.

Sponsored

“Kiter follow trend baby LMK yang trending kat Indonesia now!!! Gurau-gurau manjahh.”

@rosixomar25

Kiter follow trend baby lmk yg trending kt indonesia now!!! Gurau2 manjahhh #ameerakhan 😅😂🤣

♬ Bawalah Pergi – Dj Kampung

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi Ameera Khan yang menyaksikan sendiri trend tersebut dilakukan di depannya. Difahamkan, trend itu menjadi tular kerana kecantikan gadis kacukan ini yang berjaya menambat hati para jejaka di Indonesia.

Sponsored

“Baru anak jantan, sebelah dengan tuan punya badan dia berdoa.”

“Dia memang cantik weh, yang perempuan ni pun adore sangat kat mukanya. Selain Lofa dulu Ameera yang I nak tau siapa jodoh dia.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok