Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pelakon senior yang dikenali sebagai Azhar Sulaiman ini. Dia merupakan antara pelakon lelaki yang cukup diminati ramai dengan lakonan hebatnya apabila membintangi drama di kaca televisyen. Kini tidak hanya Azhar Sulaiman, anaknya yang diberi nama Kasih Iris Leona juga antara yang sering mencuri tumpuan warganet di media sosial
Azhar Sulaiman bagaimanapun terbaharu di satu muat naik klip video pendek ini pula membuatkan rumahnya sekali lagi nampaknya menjadi bualan ramai. Sebelum ini, beberapa muat naik di media sosial keluarga selebriti berkenaan tular apabila rumah mereka cukup membuatkan ramai terpukau.
Rumah Azhar Sulaiman sekali lagi viral

Terdahulu ramai kagum dengan seni bina rumah Azhar Sulaiman yang kelihatan menarik selain difahamkan dilengkapi dengan kolam renang, padang golf mini serta mempunyai kawasan lapang yang membolehkan aktiviti rekreasi dapat dilakukan.
Walau bagaimanapun, menerusi klip video dikongsikan itu warganet dapat menyaksikan satu ruang dalam rumah pelakon terkenal ini yang memaparkan beberapa bahagian yang kelihatan kemas dan menarik dengan dekorasinya sehingga dapat memberikan idea buat peminatnya.
Netizen diruangan komen ternyata hadir dengan meminta agar dia menunjukkan lagi ruangan dalam rumahnya itu apabila setiap bahagian digunakan dengan cukup menarik selain hantaran tersebut menerima ribuan tanda suka ramai.
‘Bestnya tengok rumah’

‘Cantik. Semua ruang tak disia-siakan’

‘Rumah ke istana ni’

