“U bukan buat i je overthinking but u buat 1 Malaysia kecoh”- Eina Azman

Sponsored

Baru-baru ini, peminat terkejut dengan hantaran daripada pelakon jelita Datin Paduka Eina Azman apabila dia dilihat sedih dan menangis. Ramai yang mengharapkan rumah tangga dia dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden tidak terpalit dengan kontroversi tentang orang ketiga.

Mana tidaknya, pasangan ini antara yang disukai oleh orang ramai apabila jarang terpalit kontroversi sehingga sekarang malah Eina Azman juga dijaga dengan sweet oleh suaminya itu sehingga ramai yang tidak percaya dengan dakwaan tentang rumah tangga mereka.

Sponsored

Namun begitu, ia ternyata hanya prank oleh suaminya yang mana ia sempena menyambut ulang tahun kelahiran Eina Azman yang kebetulan tarikh pelancaran produk selebriti berkenaan. Eina Azman bagaimanapun terkejut dengan prank suaminya itu sehingga tidak dapat menahan air mata kerana sebelum ini overthinking dengan tindakan suaminya yang tidak menyambut ulang tahun kelahirannya seperti sebelum ini.

Eina Azman diruangan Instagram memuat naik video penuh dia dikejutkan suaminya itu dan berkata agar dia tidak melakukan hal seperti itu lagi kerana wajar dia overthinking selepas 10 tahun perkahwinan.

Sponsored
@einaazman13

Please sayang dont do this anymore.. Why u ignore i for afew days n tak celebrete mcm biasa? Kita dah kahwin masuk tahun ke 10 tahun u buat mcm ni, mana tak i overthinking? 😭😭😭 U bukan saja buat i je overthinking, but u buat 1 malaysia kecoh. Dah tak pasal semua tgk i 😭😭😭 I tak nak ni semua… I just nak u wish i mcm biasa yang u buat selalu🥹🥹🥹 Anyway thanks for everything sayang, i love you💞💞💞

♬ Hingga Tua Bersama – RSS RECORD

“Please sayang dont do this anymore. Why you ignore i for a few days and tak celebrate macam biasa? Kita dah kahwin masuk tahun ke 10 tahun you buat macam ni, mana i tak overthinking? You bukan saja buat i je overthinking but you buat 1 Malaysia kecoh. Dah tak pasal semua tengok i. I tak nak ni semua. I just nak you wish i macam biasa yang you buat selalu. Anyway thanks for everything sayang, i love you.” Tulis Eina Azman buat suaminya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memahami perasaan Eina Azman yang apabila sudah biasa dengan pelakuan suami namun tiba-tiba berubah menyebabkan sesiapa sahaja tentu merasa sedih sepertinya.

Sponsored