Rindu Kasih antara judul yang kini menjadi bualan hangat peminat drama tempatan. Ditayangkan di TV3, drama ini memaparkan tentang kehidupan seorang wanita bernama Ina yang mana penuh berliku.
Sudah tentunya pelakon utama drama ini adalah Ummi Nazeera yang cukup terkenal dengan bakat lakonannya. Mengalirkan air mata dan menunjukkan emosi dengan caranya tersendiri, bakat yang ada pada Ummi Nazeera cukup luarbiasa sekali.
Terbaharu, menerusi akaun Instagram milik pelakon wanita tersebut, Ummi Nazeera meluahkan watak Ina ini memang sangat berat buatnya. Tulisnya, antara sebab mengapa dia merasakan sebegitu adalah kerana apa yang dilalui oleh karakter tersebut yang mana penderitaannya bertalu-talu.
Berikut antara video pendek yang memaparkan lakonan Ummi dalam drama tersebut:
Tulisnya menerusi Ummi Nazeera meluahkan watak Ina ini sesuatu yang sukar lagi, ada juga penonton yang akui melalui apa yang karakter tersebut rasai. Sempat juga Ummi Nazeera mendoakan urusan semua dipermudahkan dan pintu hati ibu mertua mereka dibuka.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan netizen memuji keupayaan Ummi Nazeera bermain emosi dalam drama tersebut. Berikut antaranya:
“Pelbagai emosi dalam one shot. You set bar high!”
“Artis fenomena!”
“Pelakon baru/ lama yang susah sangat nak keluarkan air mata tu, boleh la g belajar dengan Umi ni. Memang superb dia punya lakonan. Ni tak muka da sebek sangat dah. Air mata setitis tak keluar. Contohi pelakon hebat ni”