Usap Perut Banyak Kali & Nampak ‘Baby Bump’, Netizen Yakin Neelofa Tengah Hamil Anak Kedua?

Sponsored

Semalam Neelofa dan PU Riz telah menyambut ulang tahun kelahiran anak sulung mereka, Muhammad Bilal di dalam sebuah majlis yang meriah dihadiri kaum keluarga dan sahabat rapat. Di dalam majlis bertemakan safari itu, kebanyakan tetamu jemputan yang hadir turut berkongsikan suasana majlis di media sosial.

Susulan beberapa video yang viral di media sosial, tular kembali khabar angin yang mengatakan Neelofa kini sedang hamil anak kedua. Dakwaan itu dikuatkan lagi dengan gelagat Neelofa yang dilihat sering mengusap perutnya di majlis sambutan hari jadi anaknya ini.

Sponsored

Malah ada juga yang mengatakan penampakan ‘baby bump’ pada selebriti wanita itu menguatkan lagi dakwaan tersebut. Tambah netizen, Neelofa juga kelihatan seperti mengah semasa berada di majlis tersebut dan tidak bertenaga untuk mengejar anaknya, Bilal yang semakin lincah berjalan.

@indigovelvet4

Dah nak jadi abang bilal soon 🤰🏻 #neelofa #neelofaharis

♬ Buah Hati – Armada

Perkongsian video yang tular itu juga turut dihujani dengan ucapan tahniah dari netizen yang mendoakan kehamilan kedua Neelofa kali ini. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kesihatan yang terbaik untuk usahawan itu dan memintanya untuk berjaga-jaga dalam fasa ini.

Sponsored

“Comelnya lofa pegang pegang perut.”

“Bilal dah dapat adik.”

Sponsored

“Nampak dah baby bump lofa, tahniah.”

Sebelum ini, dakwaan tentang Neelofa sedang berbadan dua mula tular selepas selebriti itu dilihat menggunakan kerusi roda semasa tiba di lapangan terbang Brunei. Walau bagaimanapun, Neelofa tidak memberikan sebarang respon mahupun kenyataan berhubung khabar angin itu.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok